Takazza Pizza
pizza untuk bijik mata
Monday, February 21, 2011
From Tongi to Dhaka
Saturday, July 31, 2010
Ubuntu, Ibuntu, Sama-sama Buntu
Assalamualaikum, kum apa kumbet, bet apa betmen, men apa mentol, tol apa tolak, lak apa laksa, sa apa sapak, pak apa pokcik....... (sila nyanyi sampai tamat, tak ingat lirik emel mintak kat aku)
........................................................................
Lama aku tak menulis bukan apa, tak tau apa nak tulis. Yela, mengaji pun tak tinggi. Tulis pasal agama karang takut sesat larat pulak korang. Tak pun berbahas sampai takde kesudahan. (yang sudah tu sudahlah...)
Allah bagi sikit kemahiran kat aku pun dalam bidang komputer. Benda yang tak membantu untuk jawab soalan kubur. Munkar n Nankir tak tanya macamana nak troubleshoot Windows Server 2008 Enterprise Edition. Macamana aku nak jawap soalan depa nanti? Buntu, buntu.....
Cerita pasal buntu ni, korang penah dengar pasai Ubuntu tak? Penah? Tak? Kalau tak jangan risau pasal Munkar n Nankir takkan tanya soalan ni. Sesapa yang tau apa itu Linux berkemungkinan akan tau apa itu Ubuntu.
Ok untuk mukadimah, Ubuntu ni adalah salah satu dari Operating System seperti mana Windows 7, Vista, XP, Mac OS (Leopard) dan sebagainya. Tetapi Ubuntu ni adalah berasal dari keturunan Linux. Atau lebeh tepat lagi Linux debian. (Linux ada banyak jenih; dipanggildistribution atau nama manjanya, distro). Ada banyak lagi distro dari Linux termasuklah Fedora, Mandrake, Suse dan lain2 selain dari Debian. Dan Linux sendiri berasal dari keluarga yang agak berada, iaitu Unix. Harap korang belum buntu lagi.
Apa beza Ubuntu (Linux) dengan OS lain (Windows, Mac dsb.)? Jawapannya adalah ianya adalah percuma. Ya, percuma. Mungkin korang akan kata Windows korang pun free pasal korang install dari cd kawan ataupun korang daunlud kat internet ke atau korang guna opis punya atau korang guna pirated. Tu semua adalah salah sebab korang tak beli lesen dia (yang agak mahal) dan yang pakai kompeni punya tu pasti majikan korang dah bayar dulu. Kalau korang memang beli komputer baru dengan pre-installed OS atau beli OS tu maka baguslah sebab korang memiliki sesuatu yang sah.
Tapi katakanlah korang ada komputer; tak kirala leptop ke pc ke netbuk ke.... dan nak install OS supaya korang buleh pakai komputer tu. Cumanya korang tak nak beli sebab harga nya yang mahal dan korang tak mampu. Atau korang perlu duit tu untuk digunakan ke jalan Allah. Dan korang juga tak mau gunakan pirated sebab takut syubahat. Apakah pilihan korang? ..... Lalu aku pun merekemen kepada korang untuk gunakan Ubuntu sebab sebab-sebab berikut:-
- Free
- Mudah digunakan (lebeh kurang Windows jugak le)
- Senang nak install
- Compatibel walopun PC zaman tok kadok (pentium II tu payah le sikit gamaknya)
- Sentiasa di update
- Parparan Antaramuka (User Interface) yang menarik
- Built-in Applications
- Tidak ada virus atau bakteria (belum ada virus untuk Linux lagi)
- Selamat dari disoal M&N (Munkar n Nankir) mana korang dapat cd Windows tu.
Lalu korang pun buat keputusan untuk guna Ubuntu. Tahniah! Tapi korang gusar jugak pasal tak pernah guna, senang ke nak pakai dia?
Jawapan aku tak perlu kalut pasal dia macam Windows jugak, tak banyak beza sangat. Lagipun korang buleh join geng Ubuntu Malaysia kalau perlu apa-apa bantuan. Daunlud Ubuntu di sini.
- Korang tak buleh install perisian Windows di sini (kecuali sesetengah perisian yang ada versi untuk Linux, contohnya PayaPox)
- Sesetengah hardware mungkin tiada driver. Contohnya network card atau graphic card. (biasanya ada, Cuma kena cari dan bertanya komuniti dalam forum)
- Application dia tak sepower application Windows. (contohnya OpenOffice dia takla secanggih Microsoft Office. Tapi dah benda pree, apa lagi ndak.)
- Tu je la kot. Kalau ada nanti korang tambahla sendiri.
Untuk cerita selanjutnya sila tunggu keluaran bulan hadapan...