Thursday, July 23, 2009

Jaga Barang Jaga Iman

Alhamdulillah sebab Allah pilih aku untuk hadir ke Ijtimak tempoh hari walopun baru nak belajar usaha atas iman ni.

Memang satu pengalaman yang amat best le kat sana. Walaupun kene mujahadah sikit dengan kekurangan air, tapi itu la pengalaman yang tak dapat dibeli. Mandi sekali sehari, amik wuduk guna sebotol air. Cuma aku yang takkuat iman ni suka lari keluar cari tandas awam nak buang air. Mujahadah konon.

Ok, nak cerita pasal 'jaga barang jaga iman' ni, hari Jumaat tu kawan aku hilang henpon. Tercicir. Dia kata masuk kat poket jubah dia tapi pas tu dah takde. Memula tu cam tension la jugak dia. Tapi lepas dengar bayan maulana wahab dia dah ok la. Aku nak nyedapkan ati suruh dia sabar je la.

Pagi Sabtu tu henpon aku bateri dah kritikal. Nazak pasal tak berenti-renti ambik gambar je. So aku kat masjid kuaters KLIA tu, mencari la sumber plug untuk cas henpon. Puas pusing kat atas tapi semua dah ada berpunya. Last-last aku jumpa jugak, tapi kat bawah. Dekat dengan kerusi panjang. Memula cas tu notnet-notnet la kejap, tengok sms le, itu le, ini le. Lama-lama boring pulak tunggu aku pun buat keputusan untuk landing kat kerusi panjang tu. Henpon aku letak sebelah, sebelum aku pejamkan mata dan kejap je dah lena.

Bila aku tejaga aku tengok wayar charger tu tergantung straight je, macam takde pape. Hoh! Aku dah agak ni, mesti kena rembat dah henpon aku. Tepat sekali, memang henpon aku dah masuk alam ghaib. Lalu aku meredhakan pemergiannya atas sebab aku sendiri yang cuai mengingati nasihat 'jaga barang jaga iman'.

Bila aku dapat tau ada kaunter lost & found (hilang dan jumpa), aku pun pergilah melaporkan kehilangan aku kepada jemaah yang buat kerja dengan sukarela ni. Walaupun aku tau peluang untuk jumpa balik memang hampir mustahil, tapi dengan izin Allah apa-apa pun boleh jadi.

Lepas pulang, hari Isnin pagi terus aku pegi Celcom buat simkad baru. Terpaksalah pakai henpon anak aku dulu, Nokia yang ada lampu suluh tu. Terasa sangat betapa 'ancient'nya henpon tu jika dibanding tepon aku yang hilang tu. Baru terasa besyukur pakai Sony Eriksson aku dulu.

Fast forward.

Hari Ahad lepas, sewaktu makan tengahari aku dapat panggilan, bertanya adakah aku Iqbal. Aku cakap bukan. Mungkin salah nombor. Tapi aku terfikir nak tau pasal apa. Dia kata ini pasal ada jumpa henpon. Aku terus bagitau pasal henpon aku yang hilang tu. Untuk pengesahan, dia tanya details kaler, model dan beberapa perkara tentang henpon tu. Bila dah pasti, dia bagitau yang dia adalah Abdul Latif dari Beranang dan tanya macamana aku nak ambil. Aku kata aku datang sana la. Dia tanya ada kawan yang hilang henpon jugak ke? Aku kata memang ada, dan dia suruh datang sekali pasal ada dua henpon yang diorang dapat.

Aku terus tepon member aku bagitau yang ada jemaah jumpa henpon kita. Dia macam tak percaya dan seronok sangat lalu ajak aku ke Beranang Isnin malam Selasa kelmarin. Setelah berpakat berjumpa di Masjid Beranang, akhirnya bertemulah aku dengan Haji Abdul Latif, amirsab dan orang lama jemaah Beranang. Jemaah Beranang memang ditugaskan untuk urusan lost & found ni di khitta-khitta. Ketika ini ada jemaah China sedang iktikaf di Masjid Beranang tu. Tapi sebab datang pukul 12 maka semua dah tidur kecuali Haji dan seorang lagi karkun yang aku dah lupa pulak nama dia. Memang baik-baik diorang ni.

Aku memang bersyukur ke hadrat Allah di atas kebesaranNya. Cuma kawan aku tu tak dapat lagi henpon dia pasal yang lagi satu tu pun telefon Sony Eriksson, bukan CSL macam dia punya. Dia tak kisah sangat pasal katanya dia dah redha henpon dia tak ada.

Kitorang pun bersembang la dengan Haji dan karkun yang aku lupa nama tu. Diorang siap jamu air ngan rambutan lagi. Macam-macam kisah. Ada yang buat laporan hilang, buat solat 2 rakaat terus ada orang pulangkan barang dia. MasyaAllah...
Ada kes 2 orang berebut jam yang sama, jumpa cash yang banyak dan tak lupa juga banyak henpon dijumpai dalam kolah air wuduk (kes letak henpon kat poket atas baju; tak sedar henpon terjun masuk kolah masa wuduk).

Masa kat Ijtimak, setelah banyak barang-barang dijumpai seperti henpon, beg dll, mereka pun iklanlah dari khitta ke khitta terutama khemah foreign sebab nanti susah pulak nak jumpa orang luar ni bila habis Ijtimak. Tapi sebab tak faham diorang sibuk nak beli ingatkan barang-barang tu untuk dijual. Macam-macam.

Kalau ikut lojik la, tentu henpon aku susah nak dapat balik pasal kena rembat banding dengan member aku yang cicir. Tapi atas kuasa Allah, semua tu boleh je. Alhamdulillah dan terima kasih kepada jemaah Beranang terutama Haji Abdul Latif dan lain-lain yang bertungkus-lumus mencari tuan punya bagi setiap barangan yang dijumpai. Semoga khidmat tuan-tuan diberkati dan diredhai Allah.


P.S. oleh kerana semua data-data dah takde termasuk gambar-gambar ijtimak, maka tak dapat lah aku upload untuk tatapan korang.

No comments:

Post a Comment