Saturday, July 31, 2010

Ubuntu, Ibuntu, Sama-sama Buntu




Assalamualaikum, kum apa kumbet, bet apa betmen, men apa mentol, tol apa tolak, lak apa laksa, sa apa sapak, pak apa pokcik....... (sila nyanyi sampai tamat, tak ingat lirik emel mintak kat aku)

........................................................................

Lama aku tak menulis bukan apa, tak tau apa nak tulis. Yela, mengaji pun tak tinggi. Tulis pasal agama karang takut sesat larat pulak korang. Tak pun berbahas sampai takde kesudahan. (yang sudah tu sudahlah...)

Allah bagi sikit kemahiran kat aku pun dalam bidang komputer. Benda yang tak membantu untuk jawab soalan kubur. Munkar n Nankir tak tanya macamana nak troubleshoot Windows Server 2008 Enterprise Edition. Macamana aku nak jawap soalan depa nanti? Buntu, buntu.....

Cerita pasal buntu ni, korang penah dengar pasai Ubuntu tak? Penah? Tak? Kalau tak jangan risau pasal Munkar n Nankir takkan tanya soalan ni. Sesapa yang tau apa itu Linux berkemungkinan akan tau apa itu Ubuntu.




Ok untuk mukadimah, Ubuntu ni adalah salah satu dari Operating System seperti mana Windows 7, Vista, XP, Mac OS (Leopard) dan sebagainya. Tetapi Ubuntu ni adalah berasal dari keturunan Linux. Atau lebeh tepat lagi Linux debian. (Linux ada banyak jenih; dipanggildistribution atau nama manjanya, distro). Ada banyak lagi distro dari Linux termasuklah Fedora, Mandrake, Suse dan lain2 selain dari Debian. Dan Linux sendiri berasal dari keluarga yang agak berada, iaitu Unix. Harap korang belum buntu lagi.


Apa beza Ubuntu (Linux) dengan OS lain (Windows, Mac dsb.)? Jawapannya adalah ianya adalah percuma. Ya, percuma. Mungkin korang akan kata Windows korang pun free pasal korang install dari cd kawan ataupun korang daunlud kat internet ke atau korang guna opis punya atau korang guna pirated. Tu semua adalah salah sebab korang tak beli lesen dia (yang agak mahal) dan yang pakai kompeni punya tu pasti majikan korang dah bayar dulu. Kalau korang memang beli komputer baru dengan pre-installed OS atau beli OS tu maka baguslah sebab korang memiliki sesuatu yang sah.

Tapi katakanlah korang ada komputer; tak kirala leptop ke pc ke netbuk ke.... dan nak install OS supaya korang buleh pakai komputer tu. Cumanya korang tak nak beli sebab harga nya yang mahal dan korang tak mampu. Atau korang perlu duit tu untuk digunakan ke jalan Allah. Dan korang juga tak mau gunakan pirated sebab takut syubahat. Apakah pilihan korang? ..... Lalu aku pun merekemen kepada korang untuk gunakan Ubuntu sebab sebab-sebab berikut:-

  1. Free
  2. Mudah digunakan (lebeh kurang Windows jugak le)
  3. Senang nak install
  4. Compatibel walopun PC zaman tok kadok (pentium II tu payah le sikit gamaknya)
  5. Sentiasa di update
  6. Parparan Antaramuka (User Interface) yang menarik
  7. Built-in Applications
  8. Tidak ada virus atau bakteria (belum ada virus untuk Linux lagi)
  9. Selamat dari disoal M&N (Munkar n Nankir) mana korang dapat cd Windows tu.

...................................................................................

Lalu korang pun buat keputusan untuk guna Ubuntu. Tahniah! Tapi korang gusar jugak pasal tak pernah guna, senang ke nak pakai dia?

Jawapan aku tak perlu kalut pasal dia macam Windows jugak, tak banyak beza sangat. Lagipun korang buleh join geng Ubuntu Malaysia kalau perlu apa-apa bantuan. Daunlud Ubuntu di sini.

Tapi macamana pun Ubuntu ni makhluk macam kita jugak, ada la kelemahan dia. Antaranya;

  1. Korang tak buleh install perisian Windows di sini (kecuali sesetengah perisian yang ada versi untuk Linux, contohnya PayaPox)
  2. Sesetengah hardware mungkin tiada driver. Contohnya network card atau graphic card. (biasanya ada, Cuma kena cari dan bertanya komuniti dalam forum)
  3. Application dia tak sepower application Windows. (contohnya OpenOffice dia takla secanggih Microsoft Office. Tapi dah benda pree, apa lagi ndak.)
  4. Tu je la kot. Kalau ada nanti korang tambahla sendiri.

Aku sendiri dah guna sejak 2006. Cuma aku install guna sistem dual-booting. Maksudnya bila setat aje komputer dia keluar menu tanya aku nak masuk Windows atau Ubuntu. (Saya musti Pileh!)

Untuk cerita selanjutnya sila tunggu keluaran bulan hadapan...






Thursday, July 1, 2010

Sekitar Piala Dunia 2010/Jor Kawasan Tengah 2010

Aku dah lama nak upload tapi tak sempat-sempat...

Berjalan memasuki masjid SP ketika hampir masuk waktu solat Jumaat bagi kawasan Kuala Lumpur dan kawasan2 yg sama waktu dengannya.

Yang berbadan seperti Mighty Joe Young itu adalah sepupa aku dan yang botak adalah en. amy, karkun otai dari Sri Kinta, Ipoh.

Kelihatan khemah ada di mana-mana termasuk bumbung mesjid.

Orang ramai berpusu-pusu keluar setelah selesai solat...



... dan kami berpusu-pusu mencari asbab kenyang.


Berposing di hadapan jamban instant.


Sebelum ketibaan makhluk kasar (lawan kpd makhluk halus)...
Selepas...

Memang terer depa pasang khemah... (kekaguman org yg tidak datang khidmat)

Bendera mula berkibar... ketiadaan jalur gemilang diganti dengan petak gemilang.

Tawajjuh mendengar bayan...

Aku sudah di awang-awangan...

...tapi berada di sekitar pasar aku kembali segar.

Masa untuk angkat kaki menuju makami (makanmi).

Antara ribuan motosikal yang turut hadir.



Wednesday, May 5, 2010

Buat-buat Sibuk - Petua Menggunakan Semula Bateri Yang Telah Mati


As Sala Mu A'lai Kum,

Amboi, sejak buat besnes pat-taim ni kemain lagi bznya aku ni.
Kat surau pun jenjarang nampak dah. Sebok benar ke?

Antara yang masuk shurga tanpa hisab adalah peniaga yang mana perniagaannya tidak melalaikan dia dari mengingati Allah. Masa aku dengar dulu-dulu-dulu macam senang je bunyinya.
Tapi rupanya.... Masya Allah. Ya Allah, janganlah kau jadikan perniagaanku melalaikan aku dari mengingatiMu. Takut weh! Ni pun cam dah mengelewo (konar-konar) sikit...

Ate blog ni pun ikut sunyi sama. Sian dia. Untuk menyelamatkan masa depan blog ini dan reputasiku selaku seorang selebriti maka aku akan ceritakan bagaimana kalau korang punya bateri leptop dah kong mau kasi ok balik dengan izin Allah.

Pertama-tamanya sekali cari suratkabo. Lama baru takde masalah. Amik bateri leptop korang tu dan bungkuih dalam surat kabo tadi. Buat dengan kemas dan guna sekurang-kurang 5 lapis. Lagi tebai lagi baguih. Untuk elak dia tebukak (kain kak) lilit dengan getah. Ini adalah persediaan herba untuk mengelakkan moisture to enter the bateri.

Selepas diikat rapi maka masukkan bateri yang dah bungkus macam pocong tu ke dalam freezer anda... YAA FREEZER... bukan petiais bawah tapi yang atas untuk bekukan air jadi airbatu. Itulah hukuman yang setimpal untuk bateri yang cepat sangat kong. Hahaha

Biarkan dia menggigil kesejukan antara 3-7 hari, jangan lebih nanti dia mati jenuh nak menjawab. Lepas tu keluarkan dia dan rendam dalam kolah. (Bab rendam tu aku gurau je.) Buka balutan dan biarkan selama satu hari pada suhu bilik darjah. Lepas satu hari tu masuk kat laptop balik tapiINGAT, jangan on lagi. Cas dulu sampai lebam. Dah pasti penuh barula on. InsyaAllah TADA.... bateri anda kembali berprestasi seperti kopijantan.

P/S. Aku sendiri tengah try dan bateri aku dah 3 1/2 hari dalam aisbox tu. aku tunggu jumaat ni untuk bukak dan saptu aku try, harap tak meletop. papehal nanti aku bagitau. chow.

Tuesday, April 6, 2010

Empat Sifat



Assalamualaikum,



Kenkadang aku pikir, pikir kenapa kenkadang aku terbabas. Terlajak. Masuk semak.



Aku maleh nak tengok atau cerita pasal orang lain sebab diri aku sendiri ni pun aku tak abis pikir. Sebab bila aku tak buat benda yang aku patut buat maka aku akan pikir. Dan bila aku buat benda yang aku tak patut buat maka akan kupikirkan jua.





Mengapa boleh jadi begitu?


Err maksud aku mengapa aku buleh buat benda yang tak patut buat dan tak buat benda yang patut buat? Hmm memang betul kata korang. Sebab jauh dari agama. Kurang amal dan fikir agama. Bila banyak fikir dunia maka fikir akhirat kurang. Bila fikir akhirat kurang maka iman pun kurang. Bila iman kurang maka amal pun kurang juga. Kurang kurang kurang maka lelama buleh hilang! Merbahaya tu cik salmah! Maka apa kena aku buat?





Dalam hidup ni kalau kita buleh bawak empat sifat maka insyaAllah kita tak tersasar. Dan aku akan cuba appliedkan 4 sifat ni sepanjang masa. InsyaAllah. Korang pun cubalah!

Pertama, zikir. Mengingati Allah SWT sepanjang masa. Perbanyakkan solat nafil, baca quran dan lain-lain amal. Menghadiri majlis zikrullah (majlis yang membesarkan Allah) seperti tazkirah dan taklim. Posa sunat. Solat berjamaah di mesjid. Dengan melakukan amalan2 ni maka kita pun kurang le masa melaro (masa tak tentu hala).

Kedua, fikir. Macamana diri saya dan setiap orang dapat amal agama yang sempurna. Apa juga perkara kita nak buat mau ada firkir macamni. Contoh kita nak pegi luar negara. Kita mau fikir macamana kita dapat jaga amal di sana. Kat mana nak cari mesjid. Bawak kompas kalau nak cari kiblat. Mana ada kedai orang Islam. Di samping tu bila kita kat sana fikir macamana orang-orang yang kita jumpa boleh fikir tentang Islam berdasarkan percakapan dan perwatakan kita. (aku bagi contoh ni sebab aku pun belum mampu buat, semoga Allah mudahkan aku amal)

Ketiga, syukur. Alhamdulillah. Banyak sangat benda yang kita kena syukur. Paling syukur atas nikmat iman yang Allah bagi kat aku dan enkorang. Takde iman baik macam mahatma gandhi pun tak dapat masuk shurga. Sayang kan? Nikmat Allah ni kalau kita nak tulis memang takkan abis. Sebab tu lah kita takleh abis bersyukur. Cara paling bagus untuk bersyukur ialah dengan berkongsi nikmat yang kita dapat (iman). Ajak orang lain usahakan nikmat iman yang Allah beri.

Ke4 sabar. Sabar atas segala ujian yang Allah letak atas kita. Ingat sesungguhnya Allah takkan uji sesuatu yang diluar kemampuan kita. Kalau sabar atas kesusahan tu insyaAllah kita mampu untuk menghadapinya. Tapi bila uji dengan kesenangan tu yang paling berat tu. Aku la contohnya. Bila ada duit sikit nak makan best2 aje. Pantang nampak benda sedap je.... zasss. Setel. Syukur sebab badan aku jenih yang tak naik2. Metabolisma tinggi kata orang. Perut je boncit sikit (sikit je, takperasan pon). Tapi tu la ujiannya.... kena sabar.

______________________________________________________






Aku tengah baru nak cuba nak integrasikan sifat2 ni into my simple but charming life. cewah. jadi tugas korang tak lain dan tak bukan ialah tolong doakan semoga aku dapat amal dengan istiqamah. Kalau nak join sekali pun ok gak. Jomla!

Tuesday, March 16, 2010

Mudahnya Islam

Benarkah Islam itu mudah?

Bila Rasulullah sunnahkan simpan janggut ada yang kata;
'susah, selekeh la brader. gua kerja opis, kena la kemas dan rapi macam iklan jillet. nanti jumpa dengan client macamana?'

sebenarnya yang mana mudah dan yang mana susah?

KES 1 (untuk lelaki)

takde janggut;
1. takde beza ngan orang kapir. mudah nak buat amalan diorang (contoh: minum arak, lepak kat majlis lalai, bersumbang muhrim dan sbgnya)
2. aweks pun suka. ye la, nampak hensem, semat dan rapi. maka peluang untuk berbuat dosa makin mudah.
3. oleh itu peluang nak masuk neraka pun lagi mudah. (inilah susah yang muktamad)

ada janggut;
1. beza ngan orang kapir. terutamanya apabila betul2 ikut sunnah(janggut panjang dan misai dipotong)maka susah nak buat amalan2 orang kapir. kalau jalan pegang tangan awek pun dah tak sedap ati, ini pula nak masuk disko ke, minum arak dsbnya.
2. aweks pun takot. ye la kalau ngorat nanti mau kene lempang. kalau jadi laki mau kene pakai purdah jawapnya.
3. oleh itu peluang nak masuk shurga pun lagi mudah. (inilah mudah yang muktamad)

____________________________________________________________________________________

apabila Islam perintah tutup aurat maka ada yang kata;
'ala rimas la. panas pulak tu... takleh la nak mekap2 dan nanti bos pun tak suka.'

KES 2 (untuk wanita)

sebenarnya yang mana mudah dan yang mana susah?

takde purdah;
1. takde beza ngan orang kapir. mudah nak buat amalan diorang (contoh: minum arak, lepak kat majlis lalai, bersumbang muhrim dan sbgnya)
2. balaks pun suka. ye la, nampak chantek, seksi dan anggun. maka peluang untuk berbuat dosa makin mudah.
3. oleh itu peluang nak masuk neraka pun lagi mudah. (inilah susah yang muktamad)

ada purdah;
1. beza ngan orang kapir. terutamanya apabila betul2 tutup aurat(berjilbab labuh dan berniqab)maka susah nak buat amalan2 orang kapir. kalau jalan pegang tangan balak pun dah tak sedap ati, ini pula nak masuk disko ke, minum arak dsbnya.
2. balaks pun takot. ye la kalau ngorat nanti mau kene lempang. kalau jadi laki mau kene pakai sarban jawapnya.
3. oleh itu peluang nak masuk shurga pun lagi mudah. (inilah mudah yang muktamad)

Saturday, February 13, 2010

Panduan Hidup Bersyariat: "Kehormatanmu terletak di tanganmu. Keruntuhan akhlakmu juga di tanganmu"

Diadaptasi daripada buku ‘Wahai Puteriku’ oleh Ali Thantawi...

Wahai Puteriku…

Puteriku tercinta! Aku seorang yang telah berusia hampir 50 tahun. Hilang sudah masa remaja, impian dan khayalan. Aku telah mengunjungi banyak negeri, dan berjumpa dengan banyak orang.

Aku juga telah merasakan pahit getirnya dunia. Oleh kerana itu, dengarkan nasihat-nasihat yang benar lagi jelas, berdasarkan pengalamanku, yang mana engkau mungkin belum pernah mendengarnya daripada orang lain.

Puteriku…

dengarlah bicara dari hatiku…

Benar bahawa lelakilah yang memulakan langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani, dan andai kata bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah. Wanitalah yang membuka pintu, seolah kau katakan kepada si pencuri: “Silakan masuk, silakan...” Apabila ia telah dicuri, engkau berteriak: “Pencuri! Tolong...tolong...saya dicuri”.

Demi Allah, dalam khayalan seorang pemuda tak melihat gadis kecuali gadis itu telah dia telanjangi pakaiannya.

Demi Allah begitulah, jangan engkau mudah percaya apa yang dikatakan lelaki, mereka tidak akan melihat gadis kecuali akhlak dan budi bahasanya. Dia akan berbicara kepadamu sebagai seorang sahabat. Demi Allah dia telah berbohong!



Senyuman yang diberikan pemuda kepadamu, kehalusan budi bahasa dan perhatian, semua itu tidak lain hanyalah merupakan perangkap rayuan. Setelah itu apa yang terjadi?

Kalian berdua sesaat berada dalam kenikmatan, kemudian engkau ditinggalkan, dan engkau selamanya tetap akan merasakan penderitaan akibat kenikmatan itu. Pemuda tersebut akan mencari mangsa lain untuk diterkam kehormatannya, dan engkaulah yang menanggung beban kehamilan. Jiwamu menangis, keningmu tercoreng, selama itu hidupmu tetap berkubang dalam kehinaan dan keaiban, masyarakat tidak akan mengampunimu...

Puteriku…

Cita-cita wanita tertinggi adalah perkahwinan. Wanita, bagaimana tinggi pun status sosial kekayaan, populariti dan prestasinya, sesuatu yang sangat diinginkannya adalah menjadi isteri yang baik serta ibu kepada rumah tangga yang terhormat.

Tak ada seorang pun yang mahu menikahi pelacur, sekalipun dia lelaki hidung belang, apabila akan menikah tidak akan memilih wanita rosak, akan tetapi dia akan memilih wanita yang baik kerana dia tidak rela bila suri rumah tangganya dan ibu kepada putera puterinya adalah seorang wanita yang tidak baik.

Sesungguhnya krisis perkahwinan terjadi disebabkan kelalaian kaum wanita! Krisis perkahwinan terjadi disebabkan perbuatan wanita-wanita perosak, sehingga para pemuda tidak mahu isteri. Akibatnya ramai para gadis yang sudah berusia tidak mendapat suami. Mengapa wanita-wanita yang baik belum juga sedar? Mengapa kalian tidak berusaha membanteras malapetaka ini?

Kalianlah yang lebih patut dan lebih mampu daripada kaum lelaki untuk melakukan usaha itu kerana kalian lebih mengerti bahasa wanita. Dan kalian lebih tahu cara menyedarkan mereka.

Dan oleh kerana yang menjadi korban kerosakan ini adalah kalian, para wanita mulia dan beragama, maka hendaklah kalian mengajak wanita lain agar bertaqwa kepada Allah. Bila mereka enggan, peringatkanlah mereka akan akibat yang buruk dari perzinaan.

Bila mereka masih membangkang maka beritahulah akan kenyataan yang ada: “Kalian adalah gadis-gadis remaja puteri yang cantik, oleh kerana itu akan ramai pemuda mendatangi kalian dan berebut di sekitar kalian, tetapi apakah kecantikan itu akan kekal? Semua makhluk di dunia ini tidak ada yang kekal. Bagaimana kelanjutannya, bila kalian sudah menjadi nenek dengan pinggang bongkok dan wajah keriput? Pada waktu itu, siapakah yang akan memperhatikannya? Siapa yang akan simpati?”



Tahukah kalian, siapakah yang memperhatikan, menghormati dan mencintai seorang nenek? Mereka adalah anak dan para cucunya, saat itulah nenek tersebut menjadi seorang ratu di tengah rakyatnya. Duduk di atas singgahsana dengan memakai mahkota, tetapi bagaimana dengan nenek yang lain, yang masih belum bersuami itu? Apakah kelazatan itu sebanding dengan penderitaan di atas? Apakah akibat itu akan kita tukar dengan kelazatan sementara?



Dan berilah nasihat-nasihat yang serupa, saya yakin kalian tidak perlu petunjuk orang lain serta tidak kehabisan cara untuk menasihati saudari-saudari yang sesat dan patut dikasihani. Bila kalian tidak dapat mengatasi mereka, berusahalah untuk menjaga wanita-wanita baik, gadis-gadis yang sedang remaja, agar mereka tidak menempuh jalan yang salah.

Puteriku…

Kami tidak minta kalian untuk berubah secara drastik mengembalikan wanita kini menjadi keperibadian muslimah yang benar, akan tetapi kembalilah ke jalan yang benar setapak demi setapak sebagaimana kalian menerima kerosakan sedikit demi sedikit.

Perbaikan tersebut tidak dapat diatasi hanya dalam waktu sehari atau dalam waktu singkat, melainkan dengan kembali ke jalan yang benar dari jalan yang semula kita lewati menuju keburukan walaupun jalan itu sekarang telah jauh, tidak menjadi soal, orang yang tidak mahu menempuh jalan panjang yang hanya satu-satunya ini, tidak akan pernah sampai. Kita mulai dengan membanteras pergaulan bebas, (kalaupun) seorang wanita menutup aurat tidak bererti dia boleh bergaul dengan lelaki yang bukan mahramnya dengan bebas dengan menjabat tangan kawan lelaki di sekolah, berbincang, berjalan seiring, belajar bersama.

Jangan lupa bahawa Allah menjadikannya wanita dan kawannya sebagai lelaki, satu dengan lain dapat saling terangsang. Baik wanita, lelaki, atau seluruh penduduk dunia tidak akan mampu mengubah ciptaan Allah, menyamakan dua jenis atau menghapus rangsangan seks dari dalam jiwa mereka.

Mereka yang menggembar-gemburkan kebebasan dan pergaulan bebas atas dasar kemajuan adalah pembohong, dilihat pada dua sebab:

Pertama: Kerana mereka lakukannya untuk kepuasan diri mereka, memberikan kenikmatan melihat anggota badan yang terbuka dan kenikmatan-kenikmatan lain yang mereka bayangkan. Akan tetapi mereka tidak berani berterus-terang, oleh kerana itu mereka berselindung di sebalik kalimat kemajuan, modernisasi, hak asasi dan pelbagai lagi ungkapan-ungkapan lain.

Kedua: Kerana mereka bermakmum pada Barat, bagaikan kiblat, seolah-olah kebenaran adalah apa yang datang dari sana, dari Paris, London, Berlin dan New York, yang berupa tari menari, pergaulan bebas di pusat-pusat pengajian, mendedah aurat di khalayak, di pantai, di kolam renang. Kebatilan menurut mereka adalah segala sesuatu yang datangnya dari Timur, sekolah-sekolah Islam dan masjid-masjid, walaupun berupa kehormatan, kemuliaan, kesucian dan keamanan. Kata mereka, pergaulan bebas itu dapat mengurangi nafsu berahi, mendidik watak dan dapat menekan libido seksual. Untuk menjawab ini, saya limpahkan pada mereka yang telah mencuba pergaulan bebas di sekolah-sekolah, seperti Rusia yang tidak beragama, tidak pernah mendengar para ulama’ dan pendeta. Bukankah mereka telah meninggalkan percubaan ini setelah melihat bahawa hal ini amat rosak?

Puteriku…

Puteriku yang beriman dan beragama! Puteriku yang terhormat dan terpelihara, ketahuilah bahawa yang menjadi korban semua ini bukan orang lain terkecuali engkau.



Oleh kerana itu, jangan berikan diri kalian sebagai korban iblis, jangan dengar ucapan mereka yang merayu dengan pergaulan yang alasannya, hak asasi, modernisme, emansipasi dan kehidupan kampus. Sungguh kebanyakan orang yang terkutuk ini tidak beristeri dan tidak memiliki anak, mereka sama sekali tidak peduli dengan kalian selain untuk pemuas kelazatan sementara. Sedangkan saya adalah seorang ayah daripada empat orang gadis. Bila saya membela kalian, bererti saya membela puteri-puteriku sendiri. Saya ingin kalian bahagia seperti yang saya inginkan untuk puteri-puteriku.

Sesungguhnya tidak ada yang mereka inginkan selain memperkosa kehormatan wanita. Kemuliaan yang tercela tidak akan kembali, begitu juga martabat yang hilang tidak akan dapat ditemui kembali.

Bila anak puteri jatuh, tak seorang pun di antara mereka mahu menyinsingkan lengan untuk membangunkannya dari lembah kehinaan. Yang engkau dapati, mereka hanya merebut kecantikan si gadis. Apabila telah berubah dan hilang, mereka pun berlalu pergi, persisnya seperti anjing meninggalkan bangkai yang tidak tersisa daging sedikit pun. Inilah nasihatku padamu, puteriku. Inilah kebenaran. Selain ini jangan percaya. Sedarlah bahawa di tanganmu lah, bukan di tangan kami kaum lelaki, kunci pintu kebaikan. Bila mahu perbaiki diri kalian, dengan demikian umat pun akan menjadi baik.



-Ayahmu

Tuesday, February 2, 2010

Ulasan Tentang Perisian OS Terbaru Windows 7 Part II



@$$@l@mu@l@!kum ! (perasan unik)

di atas permintaan ramai maka dengan sukacitanya saya mempersembahkan bahagian kedua ulasan tentang perisian Windows Se7en.

setlah beberapa bulan menggunakan menate beghuk ni maka saya dapatlah merumuskan beberapa perkara pokok akan perihal dan perilaku nya. saya akan membahagi kepada dua ketegory iaitu kelebehan dan kekurangan.

kelebehan

1. kelajuan yang memuaskan hati. walaupun mengguanakn laptop perang sino-asia, namun kadar kelajuan dan kelancaran applikasi dan mainan video/audio tidak menghampakan. cuma jangan la expect laju giler pulak. kira bebest la, belum tahap terbest. tapi of cos jauh beze denagn vista yg tidak sedar diuntung tu. dasar anak pungut! kalo leptop aku ni pakai vista mau berasap ekoran kegagalan sistem pemprosesan untuk memacu proses pengiraan sebanyak 10 ribu cycle per nano second. (aku pasti dan pasti korang tak paham yang last tu pasal aku pun tak brapa paham)

2. aku suke wallpaper yang bertukar2 (slideshow) tu. memang menarik apabila gambar bertukar-tukar, jadi tak membosankan macamblogakuni.

3. jika engkau orang nak buat 2 window sebelah menyebelah amat mudah, cuma heret titlebar dia ke kiri/kanan hingga keluar kaler biru dan lepas. (kalau tak tengok demo korang mungkin susah nak paham apa yang aku cakap ni)
satu lagi kalau korang ada banyak windows kecik2 bersepah dan nak hilangkan semua (minimize) kecuali satu je maka tangkap yg satu tu, cekik titlebar dia guna mouse pointer dan goncangkan dia. windows lain akan meminima (minimizED).

4. efek windows aero yang menarik. yang lebeh menarik leptop aku takde efek tu pasal specs yang low. ooohh kesian weh... tapi bila install kat komputer powergilebabi lawa la efek dia, semua jadi transparent.

5. takde masalah so far. apa program yg boleh jalan kat xp atau vista insyaAllah buleh juga jalan di windows 7. Jalan dahhh....

kekurangan

1. ada taim bila boot dia hang, starting windows punya screen tu jem tak habis2. last2 aku cabut je wayar. (sebenarnya aku tak buat camtu sebab aku celik IT, tekan butang power lama2 untuk restart)
sebenarnya tak la slalu jadi, once in a blue moon kata mak aku.


so tu la dia prebiu dari aku. kira jadi la ye? bila mau angkat?


p/s: artikel ini tidak meningkatkan iman.

Sunday, January 17, 2010

Haha Mati Kelaparan Lah Kau Jin dan Syaitan!!!

Assalamualaikum,

ada banyak perbezaan antara sebelum dan selepeh aku kuor 40 ari.
tapi petang ni aku nak cerite 1 je.
apekebendenye?

aku dah berenti merokok.
(ish ye ke?)
iye, aku dah berenti.
(ko ni biar betoi... takkan la muka ko ni nak berenti?)
betoi la, nak tipu buat apa.
(ah aku tak percaya... kejap nanti tu hisap balik.)
ko percaya ke tak MAMPOS LA SITU. aku peduli hape?
*di atas adalah perbualan antara aku dan en. silkhannaz, syaitan yang berbisik dalam hati aku.

kalo korang tak percaya pun aku jawap serupa jugak.
yang penting aku dah berenti. dan dah takde keinginan nak hisap.
so macamana aku boleh berenti?

jemaah sebelum keluar = 4 smoker & 6 non-smoker
jemaah ketika tangguh = 0 smoker & 10 non-smoker

dalam jemaah tu ada sorang haji dan dia ni ada dianugerahkan Allah kepandaian menghalau jin dengan izin Allah. jadi apabila dia tengok kami yang tengah syok menyedut asap sambil memberi makan jin2 dan syaitan2 di dalam badan kami, maka dia telah ajarkan satu petua sebagai asbab untuk kami berenti merokok. apakah petuanya? (atau untuk aku pemudanya)

Langkah-langkah Berhenti Merokok
1. azam 100% hendak berhenti
2. ketika nak cucuh rokok baca 'bismillah'.
3. ketika sedut asap rokok (yang penuh dengan racun tu) baca 'a'uzubillah himinassyaitan nirrajim'.
4. ulang setiap kali sedut asap.
InsyaAllah selepas beberapa kali merokok akan terasa perubahan dan hilang nikmat merokok.

aku stat merokok umur 16 dan tak pernah berenti sampai sekarang. maknanya separuh umur aku merokok. alhamdulillah dengan izin Allah aku dapat buang tabiat ni. ada sorang pakcik rakan seperasapan aku masa mula2 kuar tu isap 3 kotak sehari. ya 3 kotak tu! tapi dengan izin Allah dia lah yang pertama berhenti. dan aku yang last sekali pasal jin/syaitan yang paling liat nak mampus.

amacam??? ada bran?

Tuesday, January 12, 2010

Keperluan Baru (Kerja Baru)


Assalamualaikum kome,

Oh lama dah aku menghilang, tetapi menghilang kearah agama Allah itu bagus.
Tapi itu cerita lain, nanti rajin aku buat lepas ni.

Sejak semalam, aku memulakan keperluan (atau kalau orang biasa kata 'KERJA') baru di Subang Jaya ni. Dah lama aku kat kompeni lama tu, so kekok sikit la nak mula something new ni.

First memang busan pasal tak kenal orang lagi. Pas tu tak tau ke mana, di mana atau bagaimana.
Secondly nak kena belajar semua benda dari A to Z. Cemana nak guna program ni, program tu, bukak tu, bukak ni, buat tu, buat ni. Hmmm maleh betui rasanya...
Kemudian aku asyik kena jumpa boss untuk briefing, woooh.

Opis hour from 9-6, tapi seperti biasa sebelum 9 aku dah sampai.
Semalam dekat-dekat pukul 6 bos datang kat aku.
Dia cakap 'I don't believe in working late. The most important thing is to achieve your figure.'
Haha bunyi macam nak halau aku je. Apa lagi aku pun terus angkat kaki lambung.

Sebenarnya semua ok je, alhamdulillah.
Cuma bab aurat tu, masyaAllah, semoga Allah ampunkan aku.
Sedaya upaya jugak la aku cuba mengalihkan pandangan dari pemandangan yang tidak sepatutnya dilihat.

Esok aku nak start keluar appointment. Tak keluar mana nak dapat sales ye tak?

Kat mana best nak lunch di Subang Jaya ni?