Thursday, November 26, 2009

Keluar Khuruj

InsyaAllah dengan izin Allah Yang Maha Besar malam Isnin depan aku akan melangkah keluar untuk khuruj 40 hari ke destinasi yang belum aku pasti....

Aku excited betul sebab ni first time aku nak keluar 40 hari, sebelum ini cuma berkesempatan 3 hari je selama hampir setahun belajar usaha atas iman aku ni.

Terima kasih yang tak terhingga buat isteri aku yang meredhakan pemergian aku nanti. Sebelum ni itulah yang dok merisaukan aku, kalau-kalau dia tak setuju. Maklumlah, pertama kali berpisah lama. Dah tu anak kecik aku baru 3 bulan +. Tapi rupanya Allah sudah bagi kefahaman kepada dia akan usaha ini. InsyaAllah bila balik nanti aku akan usahakan agar dia pun dapat keluar masturat.

Bulan 12 ni ada exam pulak. Tapi bagus jugak la OUM ni pasal exam boleh diambil di mana-mana pusat peperiksaan seluruh Malaysia, jadi aku kene bawak buku le untuk study sesikit.

Kepada kengkawan semua doakanlah agar Allah beri kefahaman agama kepada aku sepanjang aku berkhuruj ni. Belajar-belajar buat kerja Nabi, fikir Nabi dan sunnah Nabi. Bukannya aku nak berdakwah atau mengajar tetapi belajar. Belajar untuk cerita kebesaran Allah supaya kebesaran Allah tu masuk ke dalam hati. Kerana bila kita bercakap telinga yang paling hampir dengan mulut kita adalah telinga kita sendiri. Jadi kalau aku ada tertasykil korang tu sebenarnya sebab aku nak tasykil diri aku sendiri.

Banyak lagi salah, silap dan dosa aku ni. Iman pun ada jam ok ada jam kebaboom. Jadi sebab tu lah aku kene setiasa usahakan iman ni. Dan usaha ini berterusan, tidak ada tamat atau rehat sebab setannirojim pun tak berenti atau berehat dari nak mengantoikan aku.

Heh dah nak pukui 3. Aku tido dulu weh. Karang leboh pulak suboh.
Kalau diizinkan Allah kita jumpa lagi nanti.



Assalamualaikum...

Friday, November 20, 2009

Ulasan Tentang Perisian OS Terbaru Windows 7






Salam satu mesia,




memandang kan bolg ini tiada tajuk khusus maka aku akan mengulas satu topic berbentuk Information Technology (IT).




kepada pengguna-pengguna komputer semua pasti sedia maklum akan syarikat Microsoft yang berpengkalan di amerika syarikat. diterajui oleh bil gates yang teramat kaya raya, mereka menghasilkan perisian berbentuk Operating System (bm-sistem pengoperasian).




mula dari windows 3.x, ianya berkembang seperti lobang hidungmu lalu menjadi Windows 95, Windows 98, Windows 2000, Windows ME (millinium edishen), Windows XP dan akhirnya Windows Vista.




Setelah dilancarkan oleh Datuk Bernard Dompok pada Mei 2007, Vista menerima berbagai reaksi yang bercampur aduk yang mana majoriti memberi pendapat berbentuk negatif. antaranya ianya agak lembap dan hanya komputer yang powergile boleh menjalankannya dengan tenang. komputer lama/lembap agak mampuih jugak le. kata beliau lagi.




lepas tu pulak ada program yang tak kompetibel dan tak boleh lari (run). vista menggunakan resources yang banyak terutama membabitkan aplikasi Windows Aero. jadi mudah heng dan banyak bug. pendeknya memang banyak bunyi la pengguna Vista sampai bil gate naik rimas. setelah beberapa malam tidur ayam beliau buat keputusan kena buat windows baru. besok pagi beliau panggil kontraktor rumah untuk buat tingkap tu.




setelah pikir panjang, engineer2 di microsoft putus menamakan produk terbaru itu Windows 7 sebab mereka minat ronaldo. di atas kertas nama ini dipilih sebab ini windows ke tujuh dari mula. cuba kira dari senarai windows yang aku taip kat atas tadi. betul tak? hehe bijak bijak




lalu merekapun cuba merekacipta produk yang lebih baik, pantas, dan canggih dan mampu lari pada komputer secikai pentium 3 900mhz. dan akhirnya dengan izin Allah lahirlah Windows 7 yang dikatakan sebagai Windows terbaik pada masa ini.






bila dengar kata Windows 7 ni boleh sumbat pada koputer yang hampir menopos maka aku teruja nak try. dah busan tengok tulisan Windows XP tu kelip-kelip. getik. nak pakai Vista takut berat sangat. soal lesen takde problem. kampeni aku apa jenih sofwer pun ada lesen. woha!




jadi aku pun naked ish apa ni aku nak taip nekad untuk install kat leptop perang aku ni. hasilnya? tunggu sambungannya dalam entry akan datang. bini aku dah tepon suruh amik.

Thursday, October 22, 2009

Senarai Azam Aku

Kata orang azam atau niat tu baik. Jadi aku memang ada banyak azam.

Ceklis untuk azam aku (takde taun-taun, bebile je buleh stat);
1. berenti isap rokok
2. beli ayam kat peniaga melayu yg sembelih secara sah
3. abis baya kete taknak utang2 dah, umah nanti aku beli cash (bajet taun 2048)
4. duit rokok yg save tu nak bagi mak aku kumpul buat pegi haji (tertakluk kepada azam 1)
5. korban lebih masa, harta dan diri ke jalan Allah
6. istiqamah taklim umah dan 5 amal mesjid
7. kurangkan berpesbuk
8. banyakkan khidmat
9. habiskan tafsir
10. khatam Quran kengkurang 2 kali setaun
11. beli insurans kete kat tuan azharjaafar
12. buang azam nak beli muto beso
dan 13. azam kluo 40 ari bulan 12 insyaAllah (ingat daku dalam doa tahajudmu)

p.s. : susunan tidak mengikut keutamaan. untuk mengetahui keutamaannya, sila ikut azam no. 13.

terima kasih

Thursday, September 24, 2009

Menghapuskan lipas di rumah

Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:
Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu. Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terbenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun.

Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan bottle yang ada kepala spray... Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka. Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.

Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol. Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar. Bila dah terperangkap, spray dgn air sabun.

Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur:
1. MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.
2. Jangan biarkan sampah sarap di rumah
3. Selalu cuci bilik air - Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya
4. Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk. Lipas suka makan kertas
Seperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makanan tidak bertaburan ke atas lantai. Seperti nasihat Nabi, makan biar beradab, iaitu sedang duduk. Kalau biar anak-anak makan nasi atau biskut atau cokelat merata-rata rumah sambil berjalan atau berlari atau berpindah-pindah, memanglah nak jemput lipas, kuman, cacing dan macam-macam lagi. 2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dgn vacuum. Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah. Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini. Terus masukkan dalam bakul standby utk basuh. Lipas seronok bau peluh.
5. Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah. Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.

Mengurangkan lebuhraya lipas
Tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dgn silicon atau kapur. Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dgn grill yang rapat. Begitu juga di ceiling.

Jika lipas merangkak-rangkak dan berterbangan macam filem ngeri Omputih, maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya. Buat racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon, ridsect dan sebagainya. Namun racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, maka jauhkan daripada kanak-kanak.


Bahan-bahan untuk racun buatan sendiri:
1. Satu bahagian serbuk borik acid ( ini yang pembuat mee kuning dok kasik kita makan tu walaupun dah diharamkan oleh kerajaan )
2. Dua bahagian tepung gandum
3. Satu bahagian koko
Gaulkan dan letak di di dalam kotak kertas yang kecil. Jangan terhidu tau. Sebelum start process, ikat sapu tangan atau singlet kat muka supaya hidung tertutup.
Letakkan di tempat-tempat gelap seperti bawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya.
BASUH TANGAN ANDA !!!!!!!!
Bahan-bahan ini menarik perhatian lipas. Lipas makan dan suapkan pula pada anak-anaknya yang dok lepak dalam telur warna cokelat. Anak-anaknya akan mati dan tak sempat membesar dan membiak.

Semoga info ini membawa manfaat pada yang mempunyai masalah lipas.

Tuesday, September 15, 2009

Kisah Akhir Ramadan

Bagi orang yang baru pertama kali nak cuba try menghayati Ramadan dengan sebaik-baiknya, aku mulai rasa tak best. Rasa macam member baik aku dah bersiap nak balik. Member yang lepak dengan aku dari time bangun 5 pagi sampai la tengah-tengah malam buta. Member yang ajak aku solat di mesjid. Member yang ajak aku buat terawih. Member yang galakkan aku baca Quran. Bangun malam. Bangun sahur. Istiqamah subuh berjemaah (sebelum nih manjang je terlajak).

Dan galakkan aku iktikaf di mesjid pada malam-malam terakhir ni sebab katanya kawan baik dia lagi sorang, Laila namanya, akan datang menjenguk. Dan si Laila ni pulak lebih baik dari 30 ribu pompuan lain. Rugi kalau aku terlepas peluang jumpa si Laila ni, kata member baik aku tu.

Cumanya dia tak boleh nak bagitau tepat bila Laila ni nak datang. Tak menentu katanya. Tapi aku kene la tunggu tiap-tiap malam mula dari 21 hb.

Sambil-sambil menunggu ni aku sedih pulak. Sebab member aku pun dah nak balik hujung minggu ni. Dia kata sabar la, nanti tahun depan dia datang lagi. Tapi aku dah rasa macam taknak bagi dia balik pulak. Takut nanti tahun depan aku tak sempat jumpa dia. Lagipun aku tak puas lagi lepak ngan dia.

Namun aku hanya berharap kosong je pasal sampai time nanti dia pasti blah juga. Tinggal la aku sorang-sorang ngan mamat heppi yang bakal nak datang pulak nanti. Shawal ke apa ke nama mamat tu. Ah lantak dia la, aku malas nak pikir. Yang aku dok pikir member baik aku yang nak balik ni, Ramadan.

Jadi aku tulis satu lagu khas buat member aku tu. Lagu ni sebenarnya diajar oleh sorang ustaz masa aku skolah rakyat darjah 6 dulu. Tak ingat la aku mana asal usul atau tajuk lagu ni tapi memang sesuai buat member aku tu. Untuk tatapan semua begini lagunya;

Ramadhan telah meninggalkan kita

Syawal menjelang Menandakan hari raya

Kehidupan biasa bermula semula

Ramadhan hadapan Belum tentu kita jumpa

Di hari raya ini koreksilah diri sendiri

Layakkah hari ini kita berhari raya

Hari raya hanya untuk orang-orang bertaqwa

Selain mereka tidak layak merayakannya

Renung kembali segala amalan di bulan Ramadhan

Adakah meningkat dari sebelumnya

Bertambah baikkah kita dari masa ke semasa

Sesuai dengan meningkatnya umur kita

Renung pula ke hadapan bagaimana nasib kita

Apakah kita mati di dalam Husnul Khatimah

Kerana nafsu selalu mendorong kejahatan

Juga syaitan yang sentiasa melalaikan

Ingatlah hari raya bukan untuk bersuka ria

Ia hari bersyukur Menggembirakan yang tak punya

Memberi bantuan mereka yang tidak berada

Maaf bermaafan sesama kita

Bertimbang rasa kita sesama manusia

Bersimpatilah dengan mereka yang susah

Berkasih sayang itu sangat diperintahkan

Bahkan sesuai dengan fitrah manusia

Ramadhan hadapan belum kita jumpa....

Monday, August 17, 2009

Konflik

Aku dilanda konflik. Macam-macam. Ada konflik kewangan, konflik tempat kerja, konflik kengkawan, konflik keluarga, konflik kesihatan (sakit gigi) dan konflik nak beli cornflakes atau koko krunch.

Tak pernah berenti la konflik ni. Abis satu datang lagi satu. Kekadang dua, tiga, empat atau lebih. Heh. Hilang henpon, kete eksiden, jalan jem, ada perhimpunan dan yang paling fresh, H1N1 melanda negara. Macam-macam.

Lalu aku jadi pening. Ko jadi pening. Kami pening. Mereka pening. Semua pening. Macamana nak selesaikan konflik. Dan kita pun cubalah cari penyelesaian. Kalau konflik kewangan, kita cuba loan, pinjam sana-sini, jual itu ini, masuk MLM atau keje obetaim. Bisnes part time, buat unit trust atau cari geran tanah.

Kalau konflik kerja plak cuba nak cari keje lain. Mula hantar resume sana sini. Bukak job street atau yang sewaktu dengannya. Konflik H1N1 pulak kita pun cuba lah jaga kebersihan dengan lebih jitu. Basuh tangan manjang. Pakai topeng. Elak pegi tempat2 awam. Duk umah. Tengok tibi.

Bukan main lagi kita.
Bila ada konflik.
Macam-macam cuba.
Macam-macam buat.

Boleeehhhh. Sapa kata tak boleh.
Usaha selesaikan konflik.
Buatlah setakat mana yang kita mampu.

Tapi.......

Ini semua konflik di dunia. Bila kita mati (bila-bila je, kita tak tau bila) apa jadi dengan konflik kita tadi? Nak kene setel jugak ke? Kene selesaikan juga ke?

Tak, dah abis tamat dah konflik-konflik semua tu. Tinggal kat dunia. Walaupun kita mati kene H1N1, tapi dah mati takde pape yang kita boleh buat lagi. Rumah belum abis bayar lantak piirah. Bank tak masuk kubur mintak installment. Sebab kita bukan lagi di dunia. Tu semua konflik Dunia.

So lepas tu apa? LEPAS tu mula lah konflik yang paling besar yang selalu aku terlupa dek kerana konflik-konflik dunia ni. Dan mungkin sesetengah dari kita juga lupa. Konflik yang takkan hilang walaupun kita dah jadi tanah balik. Malah jadi lebih besar dan besar lagi. Itulah dia konflik akhirat. Konflik berjumpa munkar dan nakir. Kemudian konflik di hisab di mahsyar. Lagi konflik menyeberangi titian sirat. Jangan dilupa konflik buku amalan diterima di tangan mana. Dan yang muktamat/ultimate ialah konflik ke syurga atau ke neraka kah kita?

Soalnya....

Dah cukup ke bekalan aku? Dan stenby ke nak masuk kubur? Dah kuat ke iman di dada?

Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ini...
Terlalu banyak dosa yang aku lakukan...
Dan terlalu sedikit amalan-amalan untuk Mu yang ku bawa...

Aku tidak layak untuk syurga Mu ya Allah...
Tetapi aku tidak pula sanggup menghadapi azab neraka Mu...

Suluhi aku dengan cahaya hidayah Mu...
Teguhkan imanku...
Tetapkanlah hatiku ke arah Mu...

Pilihlah aku keluar ke jalan Mu...

Thursday, July 23, 2009

Jaga Barang Jaga Iman

Alhamdulillah sebab Allah pilih aku untuk hadir ke Ijtimak tempoh hari walopun baru nak belajar usaha atas iman ni.

Memang satu pengalaman yang amat best le kat sana. Walaupun kene mujahadah sikit dengan kekurangan air, tapi itu la pengalaman yang tak dapat dibeli. Mandi sekali sehari, amik wuduk guna sebotol air. Cuma aku yang takkuat iman ni suka lari keluar cari tandas awam nak buang air. Mujahadah konon.

Ok, nak cerita pasal 'jaga barang jaga iman' ni, hari Jumaat tu kawan aku hilang henpon. Tercicir. Dia kata masuk kat poket jubah dia tapi pas tu dah takde. Memula tu cam tension la jugak dia. Tapi lepas dengar bayan maulana wahab dia dah ok la. Aku nak nyedapkan ati suruh dia sabar je la.

Pagi Sabtu tu henpon aku bateri dah kritikal. Nazak pasal tak berenti-renti ambik gambar je. So aku kat masjid kuaters KLIA tu, mencari la sumber plug untuk cas henpon. Puas pusing kat atas tapi semua dah ada berpunya. Last-last aku jumpa jugak, tapi kat bawah. Dekat dengan kerusi panjang. Memula cas tu notnet-notnet la kejap, tengok sms le, itu le, ini le. Lama-lama boring pulak tunggu aku pun buat keputusan untuk landing kat kerusi panjang tu. Henpon aku letak sebelah, sebelum aku pejamkan mata dan kejap je dah lena.

Bila aku tejaga aku tengok wayar charger tu tergantung straight je, macam takde pape. Hoh! Aku dah agak ni, mesti kena rembat dah henpon aku. Tepat sekali, memang henpon aku dah masuk alam ghaib. Lalu aku meredhakan pemergiannya atas sebab aku sendiri yang cuai mengingati nasihat 'jaga barang jaga iman'.

Bila aku dapat tau ada kaunter lost & found (hilang dan jumpa), aku pun pergilah melaporkan kehilangan aku kepada jemaah yang buat kerja dengan sukarela ni. Walaupun aku tau peluang untuk jumpa balik memang hampir mustahil, tapi dengan izin Allah apa-apa pun boleh jadi.

Lepas pulang, hari Isnin pagi terus aku pegi Celcom buat simkad baru. Terpaksalah pakai henpon anak aku dulu, Nokia yang ada lampu suluh tu. Terasa sangat betapa 'ancient'nya henpon tu jika dibanding tepon aku yang hilang tu. Baru terasa besyukur pakai Sony Eriksson aku dulu.

Fast forward.

Hari Ahad lepas, sewaktu makan tengahari aku dapat panggilan, bertanya adakah aku Iqbal. Aku cakap bukan. Mungkin salah nombor. Tapi aku terfikir nak tau pasal apa. Dia kata ini pasal ada jumpa henpon. Aku terus bagitau pasal henpon aku yang hilang tu. Untuk pengesahan, dia tanya details kaler, model dan beberapa perkara tentang henpon tu. Bila dah pasti, dia bagitau yang dia adalah Abdul Latif dari Beranang dan tanya macamana aku nak ambil. Aku kata aku datang sana la. Dia tanya ada kawan yang hilang henpon jugak ke? Aku kata memang ada, dan dia suruh datang sekali pasal ada dua henpon yang diorang dapat.

Aku terus tepon member aku bagitau yang ada jemaah jumpa henpon kita. Dia macam tak percaya dan seronok sangat lalu ajak aku ke Beranang Isnin malam Selasa kelmarin. Setelah berpakat berjumpa di Masjid Beranang, akhirnya bertemulah aku dengan Haji Abdul Latif, amirsab dan orang lama jemaah Beranang. Jemaah Beranang memang ditugaskan untuk urusan lost & found ni di khitta-khitta. Ketika ini ada jemaah China sedang iktikaf di Masjid Beranang tu. Tapi sebab datang pukul 12 maka semua dah tidur kecuali Haji dan seorang lagi karkun yang aku dah lupa pulak nama dia. Memang baik-baik diorang ni.

Aku memang bersyukur ke hadrat Allah di atas kebesaranNya. Cuma kawan aku tu tak dapat lagi henpon dia pasal yang lagi satu tu pun telefon Sony Eriksson, bukan CSL macam dia punya. Dia tak kisah sangat pasal katanya dia dah redha henpon dia tak ada.

Kitorang pun bersembang la dengan Haji dan karkun yang aku lupa nama tu. Diorang siap jamu air ngan rambutan lagi. Macam-macam kisah. Ada yang buat laporan hilang, buat solat 2 rakaat terus ada orang pulangkan barang dia. MasyaAllah...
Ada kes 2 orang berebut jam yang sama, jumpa cash yang banyak dan tak lupa juga banyak henpon dijumpai dalam kolah air wuduk (kes letak henpon kat poket atas baju; tak sedar henpon terjun masuk kolah masa wuduk).

Masa kat Ijtimak, setelah banyak barang-barang dijumpai seperti henpon, beg dll, mereka pun iklanlah dari khitta ke khitta terutama khemah foreign sebab nanti susah pulak nak jumpa orang luar ni bila habis Ijtimak. Tapi sebab tak faham diorang sibuk nak beli ingatkan barang-barang tu untuk dijual. Macam-macam.

Kalau ikut lojik la, tentu henpon aku susah nak dapat balik pasal kena rembat banding dengan member aku yang cicir. Tapi atas kuasa Allah, semua tu boleh je. Alhamdulillah dan terima kasih kepada jemaah Beranang terutama Haji Abdul Latif dan lain-lain yang bertungkus-lumus mencari tuan punya bagi setiap barangan yang dijumpai. Semoga khidmat tuan-tuan diberkati dan diredhai Allah.


P.S. oleh kerana semua data-data dah takde termasuk gambar-gambar ijtimak, maka tak dapat lah aku upload untuk tatapan korang.