Thursday, September 24, 2009

Menghapuskan lipas di rumah

Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:
Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu. Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terbenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun.

Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan bottle yang ada kepala spray... Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka. Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.

Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol. Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar. Bila dah terperangkap, spray dgn air sabun.

Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur:
1. MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.
2. Jangan biarkan sampah sarap di rumah
3. Selalu cuci bilik air - Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya
4. Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk. Lipas suka makan kertas
Seperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makanan tidak bertaburan ke atas lantai. Seperti nasihat Nabi, makan biar beradab, iaitu sedang duduk. Kalau biar anak-anak makan nasi atau biskut atau cokelat merata-rata rumah sambil berjalan atau berlari atau berpindah-pindah, memanglah nak jemput lipas, kuman, cacing dan macam-macam lagi. 2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dgn vacuum. Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah. Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini. Terus masukkan dalam bakul standby utk basuh. Lipas seronok bau peluh.
5. Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah. Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.

Mengurangkan lebuhraya lipas
Tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dgn silicon atau kapur. Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dgn grill yang rapat. Begitu juga di ceiling.

Jika lipas merangkak-rangkak dan berterbangan macam filem ngeri Omputih, maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya. Buat racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon, ridsect dan sebagainya. Namun racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, maka jauhkan daripada kanak-kanak.


Bahan-bahan untuk racun buatan sendiri:
1. Satu bahagian serbuk borik acid ( ini yang pembuat mee kuning dok kasik kita makan tu walaupun dah diharamkan oleh kerajaan )
2. Dua bahagian tepung gandum
3. Satu bahagian koko
Gaulkan dan letak di di dalam kotak kertas yang kecil. Jangan terhidu tau. Sebelum start process, ikat sapu tangan atau singlet kat muka supaya hidung tertutup.
Letakkan di tempat-tempat gelap seperti bawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya.
BASUH TANGAN ANDA !!!!!!!!
Bahan-bahan ini menarik perhatian lipas. Lipas makan dan suapkan pula pada anak-anaknya yang dok lepak dalam telur warna cokelat. Anak-anaknya akan mati dan tak sempat membesar dan membiak.

Semoga info ini membawa manfaat pada yang mempunyai masalah lipas.

Tuesday, September 15, 2009

Kisah Akhir Ramadan

Bagi orang yang baru pertama kali nak cuba try menghayati Ramadan dengan sebaik-baiknya, aku mulai rasa tak best. Rasa macam member baik aku dah bersiap nak balik. Member yang lepak dengan aku dari time bangun 5 pagi sampai la tengah-tengah malam buta. Member yang ajak aku solat di mesjid. Member yang ajak aku buat terawih. Member yang galakkan aku baca Quran. Bangun malam. Bangun sahur. Istiqamah subuh berjemaah (sebelum nih manjang je terlajak).

Dan galakkan aku iktikaf di mesjid pada malam-malam terakhir ni sebab katanya kawan baik dia lagi sorang, Laila namanya, akan datang menjenguk. Dan si Laila ni pulak lebih baik dari 30 ribu pompuan lain. Rugi kalau aku terlepas peluang jumpa si Laila ni, kata member baik aku tu.

Cumanya dia tak boleh nak bagitau tepat bila Laila ni nak datang. Tak menentu katanya. Tapi aku kene la tunggu tiap-tiap malam mula dari 21 hb.

Sambil-sambil menunggu ni aku sedih pulak. Sebab member aku pun dah nak balik hujung minggu ni. Dia kata sabar la, nanti tahun depan dia datang lagi. Tapi aku dah rasa macam taknak bagi dia balik pulak. Takut nanti tahun depan aku tak sempat jumpa dia. Lagipun aku tak puas lagi lepak ngan dia.

Namun aku hanya berharap kosong je pasal sampai time nanti dia pasti blah juga. Tinggal la aku sorang-sorang ngan mamat heppi yang bakal nak datang pulak nanti. Shawal ke apa ke nama mamat tu. Ah lantak dia la, aku malas nak pikir. Yang aku dok pikir member baik aku yang nak balik ni, Ramadan.

Jadi aku tulis satu lagu khas buat member aku tu. Lagu ni sebenarnya diajar oleh sorang ustaz masa aku skolah rakyat darjah 6 dulu. Tak ingat la aku mana asal usul atau tajuk lagu ni tapi memang sesuai buat member aku tu. Untuk tatapan semua begini lagunya;

Ramadhan telah meninggalkan kita

Syawal menjelang Menandakan hari raya

Kehidupan biasa bermula semula

Ramadhan hadapan Belum tentu kita jumpa

Di hari raya ini koreksilah diri sendiri

Layakkah hari ini kita berhari raya

Hari raya hanya untuk orang-orang bertaqwa

Selain mereka tidak layak merayakannya

Renung kembali segala amalan di bulan Ramadhan

Adakah meningkat dari sebelumnya

Bertambah baikkah kita dari masa ke semasa

Sesuai dengan meningkatnya umur kita

Renung pula ke hadapan bagaimana nasib kita

Apakah kita mati di dalam Husnul Khatimah

Kerana nafsu selalu mendorong kejahatan

Juga syaitan yang sentiasa melalaikan

Ingatlah hari raya bukan untuk bersuka ria

Ia hari bersyukur Menggembirakan yang tak punya

Memberi bantuan mereka yang tidak berada

Maaf bermaafan sesama kita

Bertimbang rasa kita sesama manusia

Bersimpatilah dengan mereka yang susah

Berkasih sayang itu sangat diperintahkan

Bahkan sesuai dengan fitrah manusia

Ramadhan hadapan belum kita jumpa....