Tuesday, September 15, 2009

Kisah Akhir Ramadan

Bagi orang yang baru pertama kali nak cuba try menghayati Ramadan dengan sebaik-baiknya, aku mulai rasa tak best. Rasa macam member baik aku dah bersiap nak balik. Member yang lepak dengan aku dari time bangun 5 pagi sampai la tengah-tengah malam buta. Member yang ajak aku solat di mesjid. Member yang ajak aku buat terawih. Member yang galakkan aku baca Quran. Bangun malam. Bangun sahur. Istiqamah subuh berjemaah (sebelum nih manjang je terlajak).

Dan galakkan aku iktikaf di mesjid pada malam-malam terakhir ni sebab katanya kawan baik dia lagi sorang, Laila namanya, akan datang menjenguk. Dan si Laila ni pulak lebih baik dari 30 ribu pompuan lain. Rugi kalau aku terlepas peluang jumpa si Laila ni, kata member baik aku tu.

Cumanya dia tak boleh nak bagitau tepat bila Laila ni nak datang. Tak menentu katanya. Tapi aku kene la tunggu tiap-tiap malam mula dari 21 hb.

Sambil-sambil menunggu ni aku sedih pulak. Sebab member aku pun dah nak balik hujung minggu ni. Dia kata sabar la, nanti tahun depan dia datang lagi. Tapi aku dah rasa macam taknak bagi dia balik pulak. Takut nanti tahun depan aku tak sempat jumpa dia. Lagipun aku tak puas lagi lepak ngan dia.

Namun aku hanya berharap kosong je pasal sampai time nanti dia pasti blah juga. Tinggal la aku sorang-sorang ngan mamat heppi yang bakal nak datang pulak nanti. Shawal ke apa ke nama mamat tu. Ah lantak dia la, aku malas nak pikir. Yang aku dok pikir member baik aku yang nak balik ni, Ramadan.

Jadi aku tulis satu lagu khas buat member aku tu. Lagu ni sebenarnya diajar oleh sorang ustaz masa aku skolah rakyat darjah 6 dulu. Tak ingat la aku mana asal usul atau tajuk lagu ni tapi memang sesuai buat member aku tu. Untuk tatapan semua begini lagunya;

Ramadhan telah meninggalkan kita

Syawal menjelang Menandakan hari raya

Kehidupan biasa bermula semula

Ramadhan hadapan Belum tentu kita jumpa

Di hari raya ini koreksilah diri sendiri

Layakkah hari ini kita berhari raya

Hari raya hanya untuk orang-orang bertaqwa

Selain mereka tidak layak merayakannya

Renung kembali segala amalan di bulan Ramadhan

Adakah meningkat dari sebelumnya

Bertambah baikkah kita dari masa ke semasa

Sesuai dengan meningkatnya umur kita

Renung pula ke hadapan bagaimana nasib kita

Apakah kita mati di dalam Husnul Khatimah

Kerana nafsu selalu mendorong kejahatan

Juga syaitan yang sentiasa melalaikan

Ingatlah hari raya bukan untuk bersuka ria

Ia hari bersyukur Menggembirakan yang tak punya

Memberi bantuan mereka yang tidak berada

Maaf bermaafan sesama kita

Bertimbang rasa kita sesama manusia

Bersimpatilah dengan mereka yang susah

Berkasih sayang itu sangat diperintahkan

Bahkan sesuai dengan fitrah manusia

Ramadhan hadapan belum kita jumpa....

No comments:

Post a Comment