Saturday, February 13, 2010

Panduan Hidup Bersyariat: "Kehormatanmu terletak di tanganmu. Keruntuhan akhlakmu juga di tanganmu"

Diadaptasi daripada buku ‘Wahai Puteriku’ oleh Ali Thantawi...

Wahai Puteriku…

Puteriku tercinta! Aku seorang yang telah berusia hampir 50 tahun. Hilang sudah masa remaja, impian dan khayalan. Aku telah mengunjungi banyak negeri, dan berjumpa dengan banyak orang.

Aku juga telah merasakan pahit getirnya dunia. Oleh kerana itu, dengarkan nasihat-nasihat yang benar lagi jelas, berdasarkan pengalamanku, yang mana engkau mungkin belum pernah mendengarnya daripada orang lain.

Puteriku…

dengarlah bicara dari hatiku…

Benar bahawa lelakilah yang memulakan langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani, dan andai kata bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah. Wanitalah yang membuka pintu, seolah kau katakan kepada si pencuri: “Silakan masuk, silakan...” Apabila ia telah dicuri, engkau berteriak: “Pencuri! Tolong...tolong...saya dicuri”.

Demi Allah, dalam khayalan seorang pemuda tak melihat gadis kecuali gadis itu telah dia telanjangi pakaiannya.

Demi Allah begitulah, jangan engkau mudah percaya apa yang dikatakan lelaki, mereka tidak akan melihat gadis kecuali akhlak dan budi bahasanya. Dia akan berbicara kepadamu sebagai seorang sahabat. Demi Allah dia telah berbohong!



Senyuman yang diberikan pemuda kepadamu, kehalusan budi bahasa dan perhatian, semua itu tidak lain hanyalah merupakan perangkap rayuan. Setelah itu apa yang terjadi?

Kalian berdua sesaat berada dalam kenikmatan, kemudian engkau ditinggalkan, dan engkau selamanya tetap akan merasakan penderitaan akibat kenikmatan itu. Pemuda tersebut akan mencari mangsa lain untuk diterkam kehormatannya, dan engkaulah yang menanggung beban kehamilan. Jiwamu menangis, keningmu tercoreng, selama itu hidupmu tetap berkubang dalam kehinaan dan keaiban, masyarakat tidak akan mengampunimu...

Puteriku…

Cita-cita wanita tertinggi adalah perkahwinan. Wanita, bagaimana tinggi pun status sosial kekayaan, populariti dan prestasinya, sesuatu yang sangat diinginkannya adalah menjadi isteri yang baik serta ibu kepada rumah tangga yang terhormat.

Tak ada seorang pun yang mahu menikahi pelacur, sekalipun dia lelaki hidung belang, apabila akan menikah tidak akan memilih wanita rosak, akan tetapi dia akan memilih wanita yang baik kerana dia tidak rela bila suri rumah tangganya dan ibu kepada putera puterinya adalah seorang wanita yang tidak baik.

Sesungguhnya krisis perkahwinan terjadi disebabkan kelalaian kaum wanita! Krisis perkahwinan terjadi disebabkan perbuatan wanita-wanita perosak, sehingga para pemuda tidak mahu isteri. Akibatnya ramai para gadis yang sudah berusia tidak mendapat suami. Mengapa wanita-wanita yang baik belum juga sedar? Mengapa kalian tidak berusaha membanteras malapetaka ini?

Kalianlah yang lebih patut dan lebih mampu daripada kaum lelaki untuk melakukan usaha itu kerana kalian lebih mengerti bahasa wanita. Dan kalian lebih tahu cara menyedarkan mereka.

Dan oleh kerana yang menjadi korban kerosakan ini adalah kalian, para wanita mulia dan beragama, maka hendaklah kalian mengajak wanita lain agar bertaqwa kepada Allah. Bila mereka enggan, peringatkanlah mereka akan akibat yang buruk dari perzinaan.

Bila mereka masih membangkang maka beritahulah akan kenyataan yang ada: “Kalian adalah gadis-gadis remaja puteri yang cantik, oleh kerana itu akan ramai pemuda mendatangi kalian dan berebut di sekitar kalian, tetapi apakah kecantikan itu akan kekal? Semua makhluk di dunia ini tidak ada yang kekal. Bagaimana kelanjutannya, bila kalian sudah menjadi nenek dengan pinggang bongkok dan wajah keriput? Pada waktu itu, siapakah yang akan memperhatikannya? Siapa yang akan simpati?”



Tahukah kalian, siapakah yang memperhatikan, menghormati dan mencintai seorang nenek? Mereka adalah anak dan para cucunya, saat itulah nenek tersebut menjadi seorang ratu di tengah rakyatnya. Duduk di atas singgahsana dengan memakai mahkota, tetapi bagaimana dengan nenek yang lain, yang masih belum bersuami itu? Apakah kelazatan itu sebanding dengan penderitaan di atas? Apakah akibat itu akan kita tukar dengan kelazatan sementara?



Dan berilah nasihat-nasihat yang serupa, saya yakin kalian tidak perlu petunjuk orang lain serta tidak kehabisan cara untuk menasihati saudari-saudari yang sesat dan patut dikasihani. Bila kalian tidak dapat mengatasi mereka, berusahalah untuk menjaga wanita-wanita baik, gadis-gadis yang sedang remaja, agar mereka tidak menempuh jalan yang salah.

Puteriku…

Kami tidak minta kalian untuk berubah secara drastik mengembalikan wanita kini menjadi keperibadian muslimah yang benar, akan tetapi kembalilah ke jalan yang benar setapak demi setapak sebagaimana kalian menerima kerosakan sedikit demi sedikit.

Perbaikan tersebut tidak dapat diatasi hanya dalam waktu sehari atau dalam waktu singkat, melainkan dengan kembali ke jalan yang benar dari jalan yang semula kita lewati menuju keburukan walaupun jalan itu sekarang telah jauh, tidak menjadi soal, orang yang tidak mahu menempuh jalan panjang yang hanya satu-satunya ini, tidak akan pernah sampai. Kita mulai dengan membanteras pergaulan bebas, (kalaupun) seorang wanita menutup aurat tidak bererti dia boleh bergaul dengan lelaki yang bukan mahramnya dengan bebas dengan menjabat tangan kawan lelaki di sekolah, berbincang, berjalan seiring, belajar bersama.

Jangan lupa bahawa Allah menjadikannya wanita dan kawannya sebagai lelaki, satu dengan lain dapat saling terangsang. Baik wanita, lelaki, atau seluruh penduduk dunia tidak akan mampu mengubah ciptaan Allah, menyamakan dua jenis atau menghapus rangsangan seks dari dalam jiwa mereka.

Mereka yang menggembar-gemburkan kebebasan dan pergaulan bebas atas dasar kemajuan adalah pembohong, dilihat pada dua sebab:

Pertama: Kerana mereka lakukannya untuk kepuasan diri mereka, memberikan kenikmatan melihat anggota badan yang terbuka dan kenikmatan-kenikmatan lain yang mereka bayangkan. Akan tetapi mereka tidak berani berterus-terang, oleh kerana itu mereka berselindung di sebalik kalimat kemajuan, modernisasi, hak asasi dan pelbagai lagi ungkapan-ungkapan lain.

Kedua: Kerana mereka bermakmum pada Barat, bagaikan kiblat, seolah-olah kebenaran adalah apa yang datang dari sana, dari Paris, London, Berlin dan New York, yang berupa tari menari, pergaulan bebas di pusat-pusat pengajian, mendedah aurat di khalayak, di pantai, di kolam renang. Kebatilan menurut mereka adalah segala sesuatu yang datangnya dari Timur, sekolah-sekolah Islam dan masjid-masjid, walaupun berupa kehormatan, kemuliaan, kesucian dan keamanan. Kata mereka, pergaulan bebas itu dapat mengurangi nafsu berahi, mendidik watak dan dapat menekan libido seksual. Untuk menjawab ini, saya limpahkan pada mereka yang telah mencuba pergaulan bebas di sekolah-sekolah, seperti Rusia yang tidak beragama, tidak pernah mendengar para ulama’ dan pendeta. Bukankah mereka telah meninggalkan percubaan ini setelah melihat bahawa hal ini amat rosak?

Puteriku…

Puteriku yang beriman dan beragama! Puteriku yang terhormat dan terpelihara, ketahuilah bahawa yang menjadi korban semua ini bukan orang lain terkecuali engkau.



Oleh kerana itu, jangan berikan diri kalian sebagai korban iblis, jangan dengar ucapan mereka yang merayu dengan pergaulan yang alasannya, hak asasi, modernisme, emansipasi dan kehidupan kampus. Sungguh kebanyakan orang yang terkutuk ini tidak beristeri dan tidak memiliki anak, mereka sama sekali tidak peduli dengan kalian selain untuk pemuas kelazatan sementara. Sedangkan saya adalah seorang ayah daripada empat orang gadis. Bila saya membela kalian, bererti saya membela puteri-puteriku sendiri. Saya ingin kalian bahagia seperti yang saya inginkan untuk puteri-puteriku.

Sesungguhnya tidak ada yang mereka inginkan selain memperkosa kehormatan wanita. Kemuliaan yang tercela tidak akan kembali, begitu juga martabat yang hilang tidak akan dapat ditemui kembali.

Bila anak puteri jatuh, tak seorang pun di antara mereka mahu menyinsingkan lengan untuk membangunkannya dari lembah kehinaan. Yang engkau dapati, mereka hanya merebut kecantikan si gadis. Apabila telah berubah dan hilang, mereka pun berlalu pergi, persisnya seperti anjing meninggalkan bangkai yang tidak tersisa daging sedikit pun. Inilah nasihatku padamu, puteriku. Inilah kebenaran. Selain ini jangan percaya. Sedarlah bahawa di tanganmu lah, bukan di tangan kami kaum lelaki, kunci pintu kebaikan. Bila mahu perbaiki diri kalian, dengan demikian umat pun akan menjadi baik.



-Ayahmu

Tuesday, February 2, 2010

Ulasan Tentang Perisian OS Terbaru Windows 7 Part II



@$$@l@mu@l@!kum ! (perasan unik)

di atas permintaan ramai maka dengan sukacitanya saya mempersembahkan bahagian kedua ulasan tentang perisian Windows Se7en.

setlah beberapa bulan menggunakan menate beghuk ni maka saya dapatlah merumuskan beberapa perkara pokok akan perihal dan perilaku nya. saya akan membahagi kepada dua ketegory iaitu kelebehan dan kekurangan.

kelebehan

1. kelajuan yang memuaskan hati. walaupun mengguanakn laptop perang sino-asia, namun kadar kelajuan dan kelancaran applikasi dan mainan video/audio tidak menghampakan. cuma jangan la expect laju giler pulak. kira bebest la, belum tahap terbest. tapi of cos jauh beze denagn vista yg tidak sedar diuntung tu. dasar anak pungut! kalo leptop aku ni pakai vista mau berasap ekoran kegagalan sistem pemprosesan untuk memacu proses pengiraan sebanyak 10 ribu cycle per nano second. (aku pasti dan pasti korang tak paham yang last tu pasal aku pun tak brapa paham)

2. aku suke wallpaper yang bertukar2 (slideshow) tu. memang menarik apabila gambar bertukar-tukar, jadi tak membosankan macamblogakuni.

3. jika engkau orang nak buat 2 window sebelah menyebelah amat mudah, cuma heret titlebar dia ke kiri/kanan hingga keluar kaler biru dan lepas. (kalau tak tengok demo korang mungkin susah nak paham apa yang aku cakap ni)
satu lagi kalau korang ada banyak windows kecik2 bersepah dan nak hilangkan semua (minimize) kecuali satu je maka tangkap yg satu tu, cekik titlebar dia guna mouse pointer dan goncangkan dia. windows lain akan meminima (minimizED).

4. efek windows aero yang menarik. yang lebeh menarik leptop aku takde efek tu pasal specs yang low. ooohh kesian weh... tapi bila install kat komputer powergilebabi lawa la efek dia, semua jadi transparent.

5. takde masalah so far. apa program yg boleh jalan kat xp atau vista insyaAllah buleh juga jalan di windows 7. Jalan dahhh....

kekurangan

1. ada taim bila boot dia hang, starting windows punya screen tu jem tak habis2. last2 aku cabut je wayar. (sebenarnya aku tak buat camtu sebab aku celik IT, tekan butang power lama2 untuk restart)
sebenarnya tak la slalu jadi, once in a blue moon kata mak aku.


so tu la dia prebiu dari aku. kira jadi la ye? bila mau angkat?


p/s: artikel ini tidak meningkatkan iman.