Friday, November 20, 2009

Ulasan Tentang Perisian OS Terbaru Windows 7






Salam satu mesia,




memandang kan bolg ini tiada tajuk khusus maka aku akan mengulas satu topic berbentuk Information Technology (IT).




kepada pengguna-pengguna komputer semua pasti sedia maklum akan syarikat Microsoft yang berpengkalan di amerika syarikat. diterajui oleh bil gates yang teramat kaya raya, mereka menghasilkan perisian berbentuk Operating System (bm-sistem pengoperasian).




mula dari windows 3.x, ianya berkembang seperti lobang hidungmu lalu menjadi Windows 95, Windows 98, Windows 2000, Windows ME (millinium edishen), Windows XP dan akhirnya Windows Vista.




Setelah dilancarkan oleh Datuk Bernard Dompok pada Mei 2007, Vista menerima berbagai reaksi yang bercampur aduk yang mana majoriti memberi pendapat berbentuk negatif. antaranya ianya agak lembap dan hanya komputer yang powergile boleh menjalankannya dengan tenang. komputer lama/lembap agak mampuih jugak le. kata beliau lagi.




lepas tu pulak ada program yang tak kompetibel dan tak boleh lari (run). vista menggunakan resources yang banyak terutama membabitkan aplikasi Windows Aero. jadi mudah heng dan banyak bug. pendeknya memang banyak bunyi la pengguna Vista sampai bil gate naik rimas. setelah beberapa malam tidur ayam beliau buat keputusan kena buat windows baru. besok pagi beliau panggil kontraktor rumah untuk buat tingkap tu.




setelah pikir panjang, engineer2 di microsoft putus menamakan produk terbaru itu Windows 7 sebab mereka minat ronaldo. di atas kertas nama ini dipilih sebab ini windows ke tujuh dari mula. cuba kira dari senarai windows yang aku taip kat atas tadi. betul tak? hehe bijak bijak




lalu merekapun cuba merekacipta produk yang lebih baik, pantas, dan canggih dan mampu lari pada komputer secikai pentium 3 900mhz. dan akhirnya dengan izin Allah lahirlah Windows 7 yang dikatakan sebagai Windows terbaik pada masa ini.






bila dengar kata Windows 7 ni boleh sumbat pada koputer yang hampir menopos maka aku teruja nak try. dah busan tengok tulisan Windows XP tu kelip-kelip. getik. nak pakai Vista takut berat sangat. soal lesen takde problem. kampeni aku apa jenih sofwer pun ada lesen. woha!




jadi aku pun naked ish apa ni aku nak taip nekad untuk install kat leptop perang aku ni. hasilnya? tunggu sambungannya dalam entry akan datang. bini aku dah tepon suruh amik.

4 comments:

  1. assalamualaikum...huhuhehehh....

    sy pengguna windows XP...heheh rasanya vista n windws 7 tu mnyusahakan hidup...payah sgt nk gune...terutamanya vista...

    ari tu guna laptop kwn windws 7 hahahah...ingat best..tapi sama juga dgn vista...

    kesian bil gates hehehe.....

    ReplyDelete
  2. w'salam,

    apa pulak yg payahnya? saya pakai ok je...
    tang mana yg susah tu? cuba detail kan.

    luaran dia (windows seben) macam sama dengan vista tetapi dalaman dia berbeza. inilah rahsianya.

    kesian bil gates kalau tak mengucap dan masuk islam nanti mati masuk neraka selamanya walopun dia terkaya di dunia.

    ReplyDelete
  3. encik hasbullah salleh lama gak saya tunggu sambungan citer neh.. apakah hasil kajiannya..

    ReplyDelete
  4. oh ada yg nak tau sambongannya ye...
    ingatkan takdo sapo heran. hehe

    err sebenarnya seronok sangat pakai windows seben sampai lupa nak buat sambungan. bagi saya 1-2 hari gitu ok? dah lambat nak gi wat gash ni. yeppa

    ReplyDelete