Tuesday, January 12, 2010

Keperluan Baru (Kerja Baru)


Assalamualaikum kome,

Oh lama dah aku menghilang, tetapi menghilang kearah agama Allah itu bagus.
Tapi itu cerita lain, nanti rajin aku buat lepas ni.

Sejak semalam, aku memulakan keperluan (atau kalau orang biasa kata 'KERJA') baru di Subang Jaya ni. Dah lama aku kat kompeni lama tu, so kekok sikit la nak mula something new ni.

First memang busan pasal tak kenal orang lagi. Pas tu tak tau ke mana, di mana atau bagaimana.
Secondly nak kena belajar semua benda dari A to Z. Cemana nak guna program ni, program tu, bukak tu, bukak ni, buat tu, buat ni. Hmmm maleh betui rasanya...
Kemudian aku asyik kena jumpa boss untuk briefing, woooh.

Opis hour from 9-6, tapi seperti biasa sebelum 9 aku dah sampai.
Semalam dekat-dekat pukul 6 bos datang kat aku.
Dia cakap 'I don't believe in working late. The most important thing is to achieve your figure.'
Haha bunyi macam nak halau aku je. Apa lagi aku pun terus angkat kaki lambung.

Sebenarnya semua ok je, alhamdulillah.
Cuma bab aurat tu, masyaAllah, semoga Allah ampunkan aku.
Sedaya upaya jugak la aku cuba mengalihkan pandangan dari pemandangan yang tidak sepatutnya dilihat.

Esok aku nak start keluar appointment. Tak keluar mana nak dapat sales ye tak?

Kat mana best nak lunch di Subang Jaya ni?

4 comments:

  1. Selamat kembali memegang tongkat Nabi Musa.. jangan yakin dengan tongkat.. Yakin hanya pada zat yang mencipta seluruh makhluk..

    ReplyDelete
  2. ehe betul tu tuan...

    insyaAllah saya usahakan keperluan kerana ianya perintah Allah dan Allah yang memberi rezeki atas usaha itu.

    jazakAllah tuan.

    ReplyDelete
  3. Subang living cost agak tinggi
    he2
    slamat bekerja di tmpt baru

    ReplyDelete
  4. terima kasih.
    kalau itu macam ana bawak bekal la yard...

    ReplyDelete