Sunday, January 17, 2010

Haha Mati Kelaparan Lah Kau Jin dan Syaitan!!!

Assalamualaikum,

ada banyak perbezaan antara sebelum dan selepeh aku kuor 40 ari.
tapi petang ni aku nak cerite 1 je.
apekebendenye?

aku dah berenti merokok.
(ish ye ke?)
iye, aku dah berenti.
(ko ni biar betoi... takkan la muka ko ni nak berenti?)
betoi la, nak tipu buat apa.
(ah aku tak percaya... kejap nanti tu hisap balik.)
ko percaya ke tak MAMPOS LA SITU. aku peduli hape?
*di atas adalah perbualan antara aku dan en. silkhannaz, syaitan yang berbisik dalam hati aku.

kalo korang tak percaya pun aku jawap serupa jugak.
yang penting aku dah berenti. dan dah takde keinginan nak hisap.
so macamana aku boleh berenti?

jemaah sebelum keluar = 4 smoker & 6 non-smoker
jemaah ketika tangguh = 0 smoker & 10 non-smoker

dalam jemaah tu ada sorang haji dan dia ni ada dianugerahkan Allah kepandaian menghalau jin dengan izin Allah. jadi apabila dia tengok kami yang tengah syok menyedut asap sambil memberi makan jin2 dan syaitan2 di dalam badan kami, maka dia telah ajarkan satu petua sebagai asbab untuk kami berenti merokok. apakah petuanya? (atau untuk aku pemudanya)

Langkah-langkah Berhenti Merokok
1. azam 100% hendak berhenti
2. ketika nak cucuh rokok baca 'bismillah'.
3. ketika sedut asap rokok (yang penuh dengan racun tu) baca 'a'uzubillah himinassyaitan nirrajim'.
4. ulang setiap kali sedut asap.
InsyaAllah selepas beberapa kali merokok akan terasa perubahan dan hilang nikmat merokok.

aku stat merokok umur 16 dan tak pernah berenti sampai sekarang. maknanya separuh umur aku merokok. alhamdulillah dengan izin Allah aku dapat buang tabiat ni. ada sorang pakcik rakan seperasapan aku masa mula2 kuar tu isap 3 kotak sehari. ya 3 kotak tu! tapi dengan izin Allah dia lah yang pertama berhenti. dan aku yang last sekali pasal jin/syaitan yang paling liat nak mampus.

amacam??? ada bran?

2 comments:

  1. Salam..

    Tahniah Bro! :)
    Sebab dapat lakukan anjakan paradigma yg besar khuruj kali ni..

    ReplyDelete
  2. Salam tuan Ishak,

    Alhamdulillah semuanya dengan kudrat dan izin Allah SWT.

    Kalau ada kengkawan isap rokok buleh la rekemen cara ni sebagai asbab. InsyaAllah dapat berenti dan kita pun turut dapat pahala membantu.

    JazakAllah

    ReplyDelete