Wednesday, May 5, 2010

Buat-buat Sibuk - Petua Menggunakan Semula Bateri Yang Telah Mati


As Sala Mu A'lai Kum,

Amboi, sejak buat besnes pat-taim ni kemain lagi bznya aku ni.
Kat surau pun jenjarang nampak dah. Sebok benar ke?

Antara yang masuk shurga tanpa hisab adalah peniaga yang mana perniagaannya tidak melalaikan dia dari mengingati Allah. Masa aku dengar dulu-dulu-dulu macam senang je bunyinya.
Tapi rupanya.... Masya Allah. Ya Allah, janganlah kau jadikan perniagaanku melalaikan aku dari mengingatiMu. Takut weh! Ni pun cam dah mengelewo (konar-konar) sikit...

Ate blog ni pun ikut sunyi sama. Sian dia. Untuk menyelamatkan masa depan blog ini dan reputasiku selaku seorang selebriti maka aku akan ceritakan bagaimana kalau korang punya bateri leptop dah kong mau kasi ok balik dengan izin Allah.

Pertama-tamanya sekali cari suratkabo. Lama baru takde masalah. Amik bateri leptop korang tu dan bungkuih dalam surat kabo tadi. Buat dengan kemas dan guna sekurang-kurang 5 lapis. Lagi tebai lagi baguih. Untuk elak dia tebukak (kain kak) lilit dengan getah. Ini adalah persediaan herba untuk mengelakkan moisture to enter the bateri.

Selepas diikat rapi maka masukkan bateri yang dah bungkus macam pocong tu ke dalam freezer anda... YAA FREEZER... bukan petiais bawah tapi yang atas untuk bekukan air jadi airbatu. Itulah hukuman yang setimpal untuk bateri yang cepat sangat kong. Hahaha

Biarkan dia menggigil kesejukan antara 3-7 hari, jangan lebih nanti dia mati jenuh nak menjawab. Lepas tu keluarkan dia dan rendam dalam kolah. (Bab rendam tu aku gurau je.) Buka balutan dan biarkan selama satu hari pada suhu bilik darjah. Lepas satu hari tu masuk kat laptop balik tapiINGAT, jangan on lagi. Cas dulu sampai lebam. Dah pasti penuh barula on. InsyaAllah TADA.... bateri anda kembali berprestasi seperti kopijantan.

P/S. Aku sendiri tengah try dan bateri aku dah 3 1/2 hari dalam aisbox tu. aku tunggu jumaat ni untuk bukak dan saptu aku try, harap tak meletop. papehal nanti aku bagitau. chow.

6 comments:

  1. huhuu..nasib baik baca sampai habis..rupanye masih dlm kajian lg..x ada result.. (hampir2 dh percaya)
    tunggu jadi ape dulu...!

    ReplyDelete
  2. kalau bateri dah kong habis, lama dah, bole buat lagi ke?

    ReplyDelete
  3. umu6point,
    walopun maseh dlm kajian tetapi sifu yg mengajar benda ni dah buat berkali-kali dan setakat ni alhamdulillah.

    ziarah76,
    cuba try test tengok. bukan rugi apa pun. lagipun freezer kita jarang sendat mendat kecuali awal bulan.

    p/s; paling-paling pun meletop je.

    ReplyDelete
  4. latest development,

    jenazah telahpun dikeluarkan dari peti ais dan dalam proses pengeringan malam tadi. Jadi malam ni aku balik nanti akan dipasang dan dicharge sebelum diuji keberkesanannya.

    kita tengok siapa yang kena...

    ReplyDelete
  5. owh apakah keputusan ke atas jenazah tersebut.. tidak sabarnya.. owh tidak sabarnya

    ReplyDelete
  6. KEPUTUSANNYA;

    ...nampaknya aku yang kena. Allah telah takdirkan hampir tiada apa-apa perubahan terhadap prestasi bateri itu.

    Ada hikmah di sebaliknya...

    Tapi korang nak try go ahead je la. Bukan kena bayar pon. Cuma update la kat aku result dia.

    ReplyDelete