Thursday, November 26, 2009
Keluar Khuruj
Friday, November 20, 2009
Ulasan Tentang Perisian OS Terbaru Windows 7


Thursday, October 22, 2009
Senarai Azam Aku
Thursday, September 24, 2009
Menghapuskan lipas di rumah
Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:
Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu. Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terbenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun.
Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan bottle yang ada kepala spray... Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka. Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.
Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol. Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar. Bila dah terperangkap, spray dgn air sabun.
Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur:
1. MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.
2. Jangan biarkan sampah sarap di rumah
3. Selalu cuci bilik air - Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya
4. Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk. Lipas suka makan kertas
Seperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makanan tidak bertaburan ke atas lantai. Seperti nasihat Nabi, makan biar beradab, iaitu sedang duduk. Kalau biar anak-anak makan nasi atau biskut atau cokelat merata-rata rumah sambil berjalan atau berlari atau berpindah-pindah, memanglah nak jemput lipas, kuman, cacing dan macam-macam lagi. 2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dgn vacuum. Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah. Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini. Terus masukkan dalam bakul standby utk basuh. Lipas seronok bau peluh.
5. Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah. Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.
Mengurangkan lebuhraya lipas
Tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dgn silicon atau kapur. Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dgn grill yang rapat. Begitu juga di ceiling.
Jika lipas merangkak-rangkak dan berterbangan macam filem ngeri Omputih, maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya. Buat racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon, ridsect dan sebagainya. Namun racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, maka jauhkan daripada kanak-kanak.
Bahan-bahan untuk racun buatan sendiri:
1. Satu bahagian serbuk borik acid ( ini yang pembuat mee kuning dok kasik kita makan tu walaupun dah diharamkan oleh kerajaan )
2. Dua bahagian tepung gandum
3. Satu bahagian koko
Gaulkan dan letak di di dalam kotak kertas yang kecil. Jangan terhidu tau. Sebelum start process, ikat sapu tangan atau singlet kat muka supaya hidung tertutup.
Letakkan di tempat-tempat gelap seperti bawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya.
BASUH TANGAN ANDA !!!!!!!!
Bahan-bahan ini menarik perhatian lipas. Lipas makan dan suapkan pula pada anak-anaknya yang dok lepak dalam telur warna cokelat. Anak-anaknya akan mati dan tak sempat membesar dan membiak.
Semoga info ini membawa manfaat pada yang mempunyai masalah lipas.
Tuesday, September 15, 2009
Kisah Akhir Ramadan
Ramadhan telah meninggalkan kita
Syawal menjelang Menandakan hari raya
Kehidupan biasa bermula semula
Ramadhan hadapan Belum tentu kita jumpa
Di hari raya ini koreksilah diri sendiri
Layakkah hari ini kita berhari raya
Hari raya hanya untuk orang-orang bertaqwa
Selain mereka tidak layak merayakannya
Renung kembali segala amalan di bulan Ramadhan
Adakah meningkat dari sebelumnya
Bertambah baikkah kita dari masa ke semasa
Sesuai dengan meningkatnya umur kita
Renung pula ke hadapan bagaimana nasib kita
Apakah kita mati di dalam Husnul Khatimah
Kerana nafsu selalu mendorong kejahatan
Juga syaitan yang sentiasa melalaikan
Ingatlah hari raya bukan untuk bersuka ria
Ia hari bersyukur Menggembirakan yang tak punya
Memberi bantuan mereka yang tidak berada
Maaf bermaafan sesama kita
Bertimbang rasa kita sesama manusia
Bersimpatilah dengan mereka yang susah
Berkasih sayang itu sangat diperintahkan
Bahkan sesuai dengan fitrah manusia
Ramadhan hadapan belum kita jumpa....
Monday, August 17, 2009
Konflik
Tak pernah berenti la konflik ni. Abis satu datang lagi satu. Kekadang dua, tiga, empat atau lebih. Heh. Hilang henpon, kete eksiden, jalan jem, ada perhimpunan dan yang paling fresh, H1N1 melanda negara. Macam-macam.
Lalu aku jadi pening. Ko jadi pening. Kami pening. Mereka pening. Semua pening. Macamana nak selesaikan konflik. Dan kita pun cubalah cari penyelesaian. Kalau konflik kewangan, kita cuba loan, pinjam sana-sini, jual itu ini, masuk MLM atau keje obetaim. Bisnes part time, buat unit trust atau cari geran tanah.
Kalau konflik kerja plak cuba nak cari keje lain. Mula hantar resume sana sini. Bukak job street atau yang sewaktu dengannya. Konflik H1N1 pulak kita pun cuba lah jaga kebersihan dengan lebih jitu. Basuh tangan manjang. Pakai topeng. Elak pegi tempat2 awam. Duk umah. Tengok tibi.
Bukan main lagi kita.
Bila ada konflik.
Macam-macam cuba.
Macam-macam buat.
Boleeehhhh. Sapa kata tak boleh.
Usaha selesaikan konflik.
Buatlah setakat mana yang kita mampu.
Tapi.......
Ini semua konflik di dunia. Bila kita mati (bila-bila je, kita tak tau bila) apa jadi dengan konflik kita tadi? Nak kene setel jugak ke? Kene selesaikan juga ke?
Tak, dah abis tamat dah konflik-konflik semua tu. Tinggal kat dunia. Walaupun kita mati kene H1N1, tapi dah mati takde pape yang kita boleh buat lagi. Rumah belum abis bayar lantak piirah. Bank tak masuk kubur mintak installment. Sebab kita bukan lagi di dunia. Tu semua konflik Dunia.
So lepas tu apa? LEPAS tu mula lah konflik yang paling besar yang selalu aku terlupa dek kerana konflik-konflik dunia ni. Dan mungkin sesetengah dari kita juga lupa. Konflik yang takkan hilang walaupun kita dah jadi tanah balik. Malah jadi lebih besar dan besar lagi. Itulah dia konflik akhirat. Konflik berjumpa munkar dan nakir. Kemudian konflik di hisab di mahsyar. Lagi konflik menyeberangi titian sirat. Jangan dilupa konflik buku amalan diterima di tangan mana. Dan yang muktamat/ultimate ialah konflik ke syurga atau ke neraka kah kita?
Soalnya....
Dah cukup ke bekalan aku? Dan stenby ke nak masuk kubur? Dah kuat ke iman di dada?
Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ini...
Terlalu banyak dosa yang aku lakukan...
Dan terlalu sedikit amalan-amalan untuk Mu yang ku bawa...
Aku tidak layak untuk syurga Mu ya Allah...
Tetapi aku tidak pula sanggup menghadapi azab neraka Mu...
Suluhi aku dengan cahaya hidayah Mu...
Teguhkan imanku...
Tetapkanlah hatiku ke arah Mu...
Pilihlah aku keluar ke jalan Mu...
Thursday, July 23, 2009
Jaga Barang Jaga Iman
Memang satu pengalaman yang amat best le kat sana. Walaupun kene mujahadah sikit dengan kekurangan air, tapi itu la pengalaman yang tak dapat dibeli. Mandi sekali sehari, amik wuduk guna sebotol air. Cuma aku yang takkuat iman ni suka lari keluar cari tandas awam nak buang air. Mujahadah konon.
Ok, nak cerita pasal 'jaga barang jaga iman' ni, hari Jumaat tu kawan aku hilang henpon. Tercicir. Dia kata masuk kat poket jubah dia tapi pas tu dah takde. Memula tu cam tension la jugak dia. Tapi lepas dengar bayan maulana wahab dia dah ok la. Aku nak nyedapkan ati suruh dia sabar je la.
Pagi Sabtu tu henpon aku bateri dah kritikal. Nazak pasal tak berenti-renti ambik gambar je. So aku kat masjid kuaters KLIA tu, mencari la sumber plug untuk cas henpon. Puas pusing kat atas tapi semua dah ada berpunya. Last-last aku jumpa jugak, tapi kat bawah. Dekat dengan kerusi panjang. Memula cas tu notnet-notnet la kejap, tengok sms le, itu le, ini le. Lama-lama boring pulak tunggu aku pun buat keputusan untuk landing kat kerusi panjang tu. Henpon aku letak sebelah, sebelum aku pejamkan mata dan kejap je dah lena.
Bila aku tejaga aku tengok wayar charger tu tergantung straight je, macam takde pape. Hoh! Aku dah agak ni, mesti kena rembat dah henpon aku. Tepat sekali, memang henpon aku dah masuk alam ghaib. Lalu aku meredhakan pemergiannya atas sebab aku sendiri yang cuai mengingati nasihat 'jaga barang jaga iman'.
Bila aku dapat tau ada kaunter lost & found (hilang dan jumpa), aku pun pergilah melaporkan kehilangan aku kepada jemaah yang buat kerja dengan sukarela ni. Walaupun aku tau peluang untuk jumpa balik memang hampir mustahil, tapi dengan izin Allah apa-apa pun boleh jadi.
Lepas pulang, hari Isnin pagi terus aku pegi Celcom buat simkad baru. Terpaksalah pakai henpon anak aku dulu, Nokia yang ada lampu suluh tu. Terasa sangat betapa 'ancient'nya henpon tu jika dibanding tepon aku yang hilang tu. Baru terasa besyukur pakai Sony Eriksson aku dulu.
Fast forward.
Hari Ahad lepas, sewaktu makan tengahari aku dapat panggilan, bertanya adakah aku Iqbal. Aku cakap bukan. Mungkin salah nombor. Tapi aku terfikir nak tau pasal apa. Dia kata ini pasal ada jumpa henpon. Aku terus bagitau pasal henpon aku yang hilang tu. Untuk pengesahan, dia tanya details kaler, model dan beberapa perkara tentang henpon tu. Bila dah pasti, dia bagitau yang dia adalah Abdul Latif dari Beranang dan tanya macamana aku nak ambil. Aku kata aku datang sana la. Dia tanya ada kawan yang hilang henpon jugak ke? Aku kata memang ada, dan dia suruh datang sekali pasal ada dua henpon yang diorang dapat.
Aku terus tepon member aku bagitau yang ada jemaah jumpa henpon kita. Dia macam tak percaya dan seronok sangat lalu ajak aku ke Beranang Isnin malam Selasa kelmarin. Setelah berpakat berjumpa di Masjid Beranang, akhirnya bertemulah aku dengan Haji Abdul Latif, amirsab dan orang lama jemaah Beranang. Jemaah Beranang memang ditugaskan untuk urusan lost & found ni di khitta-khitta. Ketika ini ada jemaah China sedang iktikaf di Masjid Beranang tu. Tapi sebab datang pukul 12 maka semua dah tidur kecuali Haji dan seorang lagi karkun yang aku dah lupa pulak nama dia. Memang baik-baik diorang ni.
Aku memang bersyukur ke hadrat Allah di atas kebesaranNya. Cuma kawan aku tu tak dapat lagi henpon dia pasal yang lagi satu tu pun telefon Sony Eriksson, bukan CSL macam dia punya. Dia tak kisah sangat pasal katanya dia dah redha henpon dia tak ada.
Kitorang pun bersembang la dengan Haji dan karkun yang aku lupa nama tu. Diorang siap jamu air ngan rambutan lagi. Macam-macam kisah. Ada yang buat laporan hilang, buat solat 2 rakaat terus ada orang pulangkan barang dia. MasyaAllah...
Ada kes 2 orang berebut jam yang sama, jumpa cash yang banyak dan tak lupa juga banyak henpon dijumpai dalam kolah air wuduk (kes letak henpon kat poket atas baju; tak sedar henpon terjun masuk kolah masa wuduk).
Masa kat Ijtimak, setelah banyak barang-barang dijumpai seperti henpon, beg dll, mereka pun iklanlah dari khitta ke khitta terutama khemah foreign sebab nanti susah pulak nak jumpa orang luar ni bila habis Ijtimak. Tapi sebab tak faham diorang sibuk nak beli ingatkan barang-barang tu untuk dijual. Macam-macam.
Kalau ikut lojik la, tentu henpon aku susah nak dapat balik pasal kena rembat banding dengan member aku yang cicir. Tapi atas kuasa Allah, semua tu boleh je. Alhamdulillah dan terima kasih kepada jemaah Beranang terutama Haji Abdul Latif dan lain-lain yang bertungkus-lumus mencari tuan punya bagi setiap barangan yang dijumpai. Semoga khidmat tuan-tuan diberkati dan diredhai Allah.
P.S. oleh kerana semua data-data dah takde termasuk gambar-gambar ijtimak, maka tak dapat lah aku upload untuk tatapan korang.